Dapur

Resepi Pancake Paling Sedap, Makan Esok Pun Masih Lembut & Tak Akan Kecewa Punyalah!

42
SHARES
resepi pancake gebu

Dah banyak kali buat pancake, tetapi masih lagi tidak dapat hasil yang gebu dan lembut? Jangan risau, kali ini anda boleh menggunakan resepi pancake gebu Harry Anna yang dikongsikan semula oleh Puan Dania Yusdi.

Menurutnya, ini merupakan antara resepi pancake yang paling sedap dan tak mengecewakan yang pernah dicubanya. Simpan sampai esok hari pun masih lembut pancakenya. Jom cuba buat!

Baca juga: Resepi Lawar Sejenis Kerabu, Lauk Lejen Ni Tak Perlu Masak Ikan Gaul-Gaul Je Dah Siap!

RESEPI PANCAKE GEBU

resepi pancake gebu

Gambar: Dania Yusdi

Update resipi

Banyak-banyak resipi pancake, resipi ini paling sedap dan tak mengecewakan. Makan esok pun lembut lagi.

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pasung, Memang ‘Limited’ Susah Nak Jumpa Luar Pantai Timur!

RESIPI PANCAKE FLUFFY

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

resepi pancake gebu

Gambar: Dania Yusdi

  • 1 biji telur
  • ⅓ gula @ 67g
  • 2 sudu makan minyak @ 30ml
  • ½ cawan susu segar @ 125ml
  • Tepung kek blue key/self raising flour 1 cawan @ 125g
  • Tepung kek bluekey dapatkan di sini
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit esen vanilla/vanilla paste/creamy vanilla
  1. Masukkan semua bahan terus dalam blender dan kisar sampai licin.
  2. Oleskan pan dengan minyak tapi kali pertama sahaja ya.

Pakai pan jangan pakai kuali, nanti jadi nama wokcake bukan pancake. Pakai bahan yang akak dah bagi siap gambar. Kalau nak betul-betul sedap macam akak punya.

Baca juga: Jamin Bersih Buat Udang Kering Sendiri, Nak Lagi Ekspres Guna Oven Tak Perlu Jemur!

Kredit resepi: Harry Anna

Sumber: Dania Yusdi via Kami Suka Masak Suka Makan (KSMSM)

FT Image: Dania Yusdi / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×