Dapur

Resepi & Tips Pancake Jadi Gebu Gebas Macam Mat Salleh Buat, Rupanya Bancuhan Kena…

5
SHARES

Masih lagi terdapat dalam kalangan individu yang masih gagal membuat pancake berupa cantik kejadiannya, bulat dan gebu gebas. Boleh jadi seperti lempeng kalau tersalah cara.

Punca kesilapannya sangat mudah! Rupanya hendak mendapatkan rupa pancake yang gebu, bancuhan tepung tersebut perlulah pekat dan likat. Nak tahu likatnya seperti apa, ikuti tips yang telah dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah. Lepas ini mesti tak gagal lagi.

Baca juga: Resepi Sardin ‘Homemade’ Sah Halal & Bersih, Tak Perlu Lagi Beli Versi Tin!

NAK PANCAKE GEBU, BANCUHAN TEPUNG PERLULAH PEKAT LIKAT!

Tips untuk dapat pancake yang tebal dan gebu gebas sangat mudah sebenarnya. Pastikan bancuhan tepung tersebut pekat. Yer, mesti pekat likat. Itu tips dia.

Ini ha cara nak buat penkek tembam gebu gebas ala McD tu.

RESEPI & TIPS BUAT PANCAKE JADI GEBU GEBAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan + 4 sudu besar tepung gandum.
  • 1 cawan susu segar.
  • 1 sudu besar baking powder (bukan baking soda ya).
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanilla jika sudi.
  • 2 sudu butter cair atau minyak masak pun boleh.

CARA NAK BUAT PANCAKE JADI GEBU:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus sebati. Atau kalau malas nak guna blender, satukan semua bahan di dalam bekas dan pukul sebati.

2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan ke dalam kuali. Tunggu sampai keluar gelembung dan balikkan. Tunggu keperangan dan angkat.

Siapppp. Mudah yakmat aihh.

Hidangkan dengan butter, maple syrup, madu, potongan buah, chocolate sauce, strawberry sauce atau apa sahaja yang berkenan di hati.

Resepi di atas boleh dapat antar 6-7 biji penkek standard saiz. kalau buat kecik-kecik dapatlah banyak.

Aku sarankan hampa guna Baking Powder ini ya. Maple Syrup boleh cuba yang ini.

Benda mudah gini kena cuba weh. Tapi kalau dah cuba buat tapi tak jadi tembam dan gebu gebas gitu, memang tangan hampa keras.

Sekian.

PASTIKAN TEKSTUR BANCUHAN BILA TUANG TIDAK PUTUS & MENITIS

Manakala, ketika penulis meninjau di ruangan komen hantaran ini, saudara Khairul menjelaskan dengan lebih terperinci tekstur bancuhan yang diperlukan. Bagi memastikan bancuhan menjadi pekat, sewaktu menuang ianya menjadi tidak putus dan menitis.

Dia mesti pekat dan likat macam ni tau. Bila tuang dia takkan putus dan menitis. 

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×