Sardin tin sememangnya menjadi pilihan ramai kerana proses memasaknya sangat mudah dan cepat untuk disajikan sebagai hidangan. Namun bila ekonomi diri tengah tak banyak duit, tak semua orang mampu beli sardin kerana harga satu tin juga ‘boleh tahan’ terutama label yang berjenama.
Sekiranya anda masih ingin menikmati lauk sardin tanpa merisaukan harga, mari sediakannya dari air tangan anda sendiri. Bila buat sendiri anda boleh tetapkan kuantiti ikan dan kesedapannya! Ini merupakan resepi dari Nurliyana Ana yang dikongsikan semula oleh Puan Norlela Abdul Lahak.
Baca juga: Nampak Sama Macam Nasi Lemak Tapi Tidak, Ini Resepi Nasi Lemuni Dari Utara Kena Cuba!
HANYA AMBIL MASA 60 MINIT, TULANG IKAN JADI LEMBUT SERUPA SARDIN DALAM TIN
Senang saja rupanya nak buat sardin. Tak payah beli dah. Memang sah-sah lah halal dan bersih kalau sendiri buat.
Terima kasih tuan punya resepi dalam group ini juga. Akak kongsi resepi ya, sardin homemade.
RESEPI SARDIN HOMEMADE, SAH HALAL & BERSIH
BAHAN-BAHAN:
- 2 kilo ikan sardin
- 1 tin tomato puree
- 2 senduk cili kisar
- 2 senduk bawang kisar
- 1 cawan air asam jawa
- 1 botol sos cili
- Garam
- Serbuk perasa
- Cuka
- Minyak untuk menumis
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN SARDIN HOMEMADE:
1. Tumis bawang kisar dan cili kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puree.
3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak apa, sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.
4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam kita beli sardin tin.
Selamat mencuba resepi ringkas dari akak ya, yang mana terkurang boleh ditambah sendiri ya. Terima kasih Nurliyana Ana kerana berkongsikan resepi ini.
Sumber: Facebook Norlela Abdul Lahak via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)