Bakal masuk bulan mulia Ramadan Al-Mubarak tidak lama lagi, mesti sudah ramai tidak sabar hendak menyediakan pelbagai hidangan menarik di rumah termasuklah roti jala. Resepi roti jala kali ini, penulis ingin berkongsi ‘trick’ bagaimana untuk mengukur tahap kelikatan adunan bahan supaya hasilnya menjadi cantik sehalus benang.
Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Huda Ayob, terutamanya buat pembuat roti jala amatur. Melalui perkongsian tersebut, anda perlu fokus pada saiz lubang pusaran sewaktu dalam proses pembikinan adunan tepung. Apakah saiznya? Jom lihat resepi di bawah!
Baca juga: Wah, Tak Sangka Daun Pandan Ada 21 Khasiat Ini, Patut Orang Tua-Tua Suka!
‘TRICK’ KELIKATAN ADUNAN ROTI JALA, HASILNYA SEHALUS BENANG
Saya nak cuba kongsi ilmu mudah. Bagi pembuat roti jala amatur macam saya, setiap kali nak tahu adunan tepung dah cukup likat untuk dijalakan kena tengok “lubang pusaran”.
Kalau besar lubang pusaran, tambah tepung sikit sampai lah lubang sebesar “jari kelingking”. Kalau lubang pusaran kecil, tambah air sikit. Alhamdulillah, menjadi.
Ini resepi untuk 25 biji roti jala.
RESEPI ROTI JALA
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur.
- 2-3 sudu besar santan/susu segar.
- 2 cawan tepung gandum.
- 1 cubit pewarna kuning/kunyit.
- 1 sudu besar gula.
- 1 sudu kecil garam.
CARA PENYEDIAANNYA:

Gambar kiri: Lubang pusaran yang besar. Gambar kanan: Lubang pusaran kecil.
1. Masukkan air sampai tenggelam tepung (saya agak-agak dalam 2 cawan air ikut cawan sukatan tepung).
2. Ambil sudip panjang kacau-kacau untuk sebati.
3. Dah agak sebati, kita blend semua bahan di atas.
4. Masa ini lah saya kena perhati lubang pusaran tu.
5. Sewaktu nak menjala, masukkan sahaja bancuhan ke dalam botol untuk dapatkan jalaan sehalus benang.
Hasilnya akan jadi menarik!
LIHAT VIDEO:
Sumber: Facebook Huda Ayob via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)