“Hari ni rasa takde mood nak makan nasi. Nak masak apa yang best ye?”
Sesekali memang ada masanya kita rasa jemu nak makan nasi kan? Apa kata cuba buat roti jala cicah kari. Fuh, makan petang-petang serius layan. Ada juga yang suka buat breakfast.
Kalau nak ikutkan boleh je nak makan bila-bila masa.
Walaupun simple je tapi mesti bertambah-tambah makan.
Hari ni kami nak kongsikan resepi roti jala oleh Puan Noor Suraya. Katanya walaupun ni baru first time cuba, tapi cukup menjadi.
Hasil tunjuk ajar dari kawan, ibu saudara, tengok resepi Azie Kitchen dan rujuk Google – hasilnya alhamdulillah roti jala tetap lembut dan gebu sampai esok pagi!
Jom tengok resepinya di bawah ini.
Resepi Roti Jala Simple, Lembut & Gebu Sampai Esok Pagi
Saiz hidangan untuk 5-6 orang.
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 3 cawan air / santan (saya guna 2 cawan air & satu kotak kecil santan)
- 2 setengah sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil pewarna kuning / warna apa pun boleh
- 1 biji telur Gred A
Cara-cara
1. Blend Semua Bahan
Mula-mula, kita blend semua bahan sampai sebati.
2. Masukkan Dalam Botol / Acuan Roti Jala
Kemudian, dah boleh terus masukkan adunan tadi ke dalam botol macam ni.
Sekarang ni dah banyak jual dekat kedai plastik atau pasar raya, memang senang menjala sebab picit je atas kuali leper.
3. Masak Dengan Api Kecil
Sapu minyak sikit dekat kuali, lepas tu bolehlah terus menjala.
Nak buat bentuk bulat atau segi empat macam tikar ni terpulanglah ikut yang mana senang ya.
Guna api kecil je. Masak sampai tak nampak warna air tepung tu dah kira masaklah, tak perlu balikkan dia lagi ok.
4. Angkat & Lipat
Kemudian masa panas-panas tu lipat atau gulungkan sampai jadi bentuk roti jala yang kita nak.
Siap dah… Nilah hasilnya. Memang gebu dan lembut. Esok pagi makan pun masih lembut lagi tau!
Dah alang-alang buat roti jala ni, kita sertakan jugalah resepi kuah kari atau gulai ayam untuk cicah.
Mesti ramai dah terror buat kari kan, tapi mungkin ada yang baru first time nak buat tu bolehlah ikut resepi kuah kari ni.
Mudah je.
Resepi Kuah Kari / Gulai Ayam
Bahan-bahan
- Setengah ekor ayam potong kecil
- 2 biji ubi kentang potong kecil
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang kecil
- 1 kotak kecil santan
- 2 cawan air
- 1 paket kecil serbuk kari
- 3 sudu kecil garam, perasakan ikut citarasa
- 1 sudu kecil gula
- 1 biji gula melaka
- Seinci halia
- Seinci lengkuas
- 3 batang serai
- Sedikit bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis
- 1 biji bawang merah besar sebiji
- 1 keping asam keping
Cara-cara
1. Kisar & Hiris Bahan
Pertama sekali, kita blend lengkuas, bawang merah besar, dan serai.
Sambil tu hiriskan bawang merah, bawang putih, dan halia.
2. Tumis
Panaskan kuali dan tumis bahan kisar.
Masukkan sekali bawang merah, bawang putih, dan halia yang dihiris tadi.
3. Masukkan Rempah
Seterusnya Masukkan bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis.
Agak-agak bahan tadi dah garing, masukkan serbuk kari dan sedikit air.
4. Masukkan Ayam
Bila dah pecah minyak, barulah masukkan ayam.
5. Perasakan
Kemudian perasakan dengan garam, gula, dan gula melaka kalau ada.
Bubuh sekali asam keping untuk seimbangkan rasa kari.
Bubuh air sikit dan tunggu mendidih.
6. Bubuh Santan & Kentang
Bila kuah dah mendidih, masukkan ubi kentang dan santan.
Teruskan masak sampai kentang dan ayam empuk.
Siap. Bolehlah cicah dengan roti jala tadi.
Wow, terangkat!
Selamat mencuba.
*Resepi roti jala ini dikongsikan oleh Puan Noor Suraya Muhd Noor menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Maklumat lanjut berkaitan resepi boleh rujuk post asal di SINI.