Percutian

10 ‘Port’ Sarapan Paling ‘Famous’ Di Melaka. Serius Sedap & Berbaloi!

24.4K
SHARES
sarapan di melaka

“Laparnya perut pagi-pagi ni. Mana nak cari sarapan best kat Melaka ye?”

Tak tahulah suratan atau kebetulan. Asal datang Melaka, mesti fikir nak makan aje. Asal fikir nak makan best, mesti teringat Melaka. Memang patutlah Melaka tu sesak setiap kali public holiday atau cuti sekolah.

Tentu ramai dah cuba makanan viral macam kuih keria, coconut shake, warung asam pedas dan yang terbaru, avocado chocolate. Tapi mungkin tak ramai yang tahu mana nak cari sarapan yang sedap, murah, dan power di Melaka.

Jom kami kongsikan 10 port sarapan pula untuk anda isi perut di awal hari.

10 Tempat Makan Sarapan Paling Famous Di Melaka

1. Barakah Corner

Barakah Corner makin terkenal sejak signature dish mereka iaitu Roti Canai Merecik Special / Cheese menjadi viral. Bagi yang belum tahu, roti canai ni ada inti di dalamnya – lebih kurang macam murtabaklah. Cuma ianya digulung macam burrito. Lepas tu disiram lagi dengan kuah banjir, siap dengan sambal di atasnya. Hah, terliur kan?

Patutlah makin ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk cuba menu di sini. Selain roti canai, ada juga nasi lemak, lontong, laksa, roti bakar dan lain-lain. Cuma satunya, kena sabar menunggu sikit sebab biasanya tempat ni memang full house memanjang!

Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari, Tutup hari Selasa

Lokasi: Taman Kesidang Seksyen 1 (Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera)

Facebook: 8272 Barakah Corner

Roti Canai Merecik

2. Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang pun antara tempat sarapan yang sangat terkenal. Keunikannya dah tentulah pada cara masakan roti canai yang menggunakan kayu arang. Tapi, ada banyak lagi menu lain yang menarik contohnya Roti Canai Nanchos, Soto, kuih-muih dan Sate.

Seeloknya datanglah awal pagi kalau nak elak menunggu lama!

Waktu Operasi: 7 pagi- 12 tengahari setiap hari

Lokasi: 459, Kampung Bakar Batu, Bachang

Facebook: Roti Canai Kayu Arang

Foto Kredit: Facebook

3. Nasi Lemak Warisan Bachang

Lebih popular di kalangan penduduk tempatan, mungkin ramai tak tahu keistimewaan Nasi Lemak Warisan Bachang ini. Seingat saya, sejak saya sekolah lagi dah ada warung ini sampailah sekarang dah anak 2. Warung mereka pun dah extend sedikit untuk keselesaan pengunjung setia mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maklumlah, dah 30 tahun berniaga.

Resepi turun-temurun mereka ni seolah-olah membuat kita teringat masakan Mak di kampung! Antara yang popular termasuklah nasi lemak pandan dan sambal sotong. Ada juga roti canai, lempeng, kuih-muih dan banyak pilihan lauk pauk bagi yang sukakan heavy breakfast. Warung ini dibuka sampai ke petang, sekitar jam 6. Jadi kalau datang lambat sikit pun tak apa.

Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang, Tutup hari Sabtu

Lokasi: Jalan Tun Perak, Kampung 8

Foto Kredit: Kak Ida’s Kitchen

Foto Kredit: Facebook

4. Nasi Lemak Eso Corner / Petron

Sesuai dengan namanya, warung nasi lemak ini terletak di sebelah pam minyak Esso (sekarang Petron) di Tanjung Kling. Warung ini juga boleh dikatakan antara yang legend di Melaka sebab ia dah wujud sejak zaman kanak-kanak saya.

Makanan di sini sebenarnya simple saja, tapi cukup buat orang ‘ketagih’ tau. Mungkin rasa nasi lemak yang pedas dan manis tu unik dan menjadi trademark mereka. Selain nasi lemak, ada mee kari, soto, otak-otak dan lontong untuk dicuba di sini. Harga pun murah.

Kalau kurang bernasib baik, makanan di sini boleh habis seawal jam 11 pagi, terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum.

Waktu Operasi: 7 pagi- 12 tengahari

Lokasi: Jalan Tanjung Kling, Taman Imigresin, 76400 Tanjung Kling

5. Warung Hajah Robiah

Bagi yang sukakan kepelbagaian, anda disyorkan untuk datang ke Warung Hajah Robiah yang terletak di hadapan hotel Casa Bonita, on the way ke Klebang.

Serius rambang mata bila bersarapan di sini sebab ada 1001 pilihan daripada roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, bihun sup, soto, lempeng, laksa nyonya, sate, kuih muih dan macam-macam lagilah.

Makanan memang sedap-sedap semua!

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 11 pagi. Tutup hari Isnin

Lokasi: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan

6. Roti Canai Special @ Medan Selera Kompleks Niaga Limbongan

Depan sikit dari Warung Hajah Robiah, ada lagi satu port sarapan yang best dekat Medan Selera Kompleks Niaga Limbongan.

Dekat sini, antara yang paling ‘sesak’ ialah Gerai Faizal Mohd Yusof yang popular dengan Roti Canai Special. Kalau korang datang lambat, confirm tak dapat seat. Silap-silap, tak dapat order dah!

Macam tulah punya ramai yang nak pekena roti canai brader ni. Yang special tu, orang kata kari kambing dia memang sedap. Cicah dengan asam pedas ikan pari pun power.

7. Warung Nek Munah

Bagi yang jauh sikit dari Bandar Melaka, bolehlah cuba Warung Nek Munah yang terletak di Kampung Sungai Petai, Alor Gajah.

Warung Nek Munah ni pun boleh tahan lamanya, ia beroperasi sejak tahun 1998 lagi – maksudnya dah 20 tahunlah! Fuh, bukan calang-calang orang dapat bertahan sampai 20 tahun.

Sebenarnya warung ini memang sangat popular di kalangan pelajar UiTM Lendu, yang terletak tak jauh dari sini. Maklumlah, dengan harga yang murah, dapat pula rasa masakan yang original, mesti kena serbu punya!

8. Warung Caun

Ok, kalau dah bosan dengan nasi lemak dengan roti canai, boleh cuba lontong goreng dan lempeng balak yang lain daripada yang lain.

Tak ramai tahu, di Warung Caun yang terletak sekitar Jambatan Duyung ini, ada banyak makanan sarapan yang best tau. Ada juga cucur bilis, cekodok cheese, nasi impit kari ayam, dan macam-macam lagi juadah yang pastinya lazat belaka. Sesekali tukar selera, seronok juga tu.

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari

Lokasi: Jambatan Duyung (tepi jalan)

Facebook: Warung Caun

9. Nasi Lemak Lereh

Ni lagi satu port breakfast yang ramai orang kata sedap sejak dulu lagi. Terletak berdepan dengan SK Lereh, warung Nasi Lemak Lereh ni pun biasanya padat dengan pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Paling ramai yang puji sambal sotong dia yang manis pedas tu. So kalau makan kat sini, kenalah cuba sambal sotongnya ya.

Yang bestnya, selain nasi yang lembut, wangi dan lemak, ada juga dijual kuih-muih tradisional yang mungkin kita jarang nak jumpa contohnya kuih lopes, kuih kole kacang, lepat pisang dan kuih koci.

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari

Lokasi: Depan SK Lereh, Tanjong Kling

10. Restoran Kenanga @ Bandar Hilir

Kalau anda menginap di sekitar Bandar Hilir, rugi kalau tak cuba makan di Restoran Kenanga ni. Terletak bertentangan dengan Newton Hawker Center, rasanya tak ramai yang perasan ada satu port sarapan terbaik di Melaka. Ia merupakan antara kedai makan terawal di Bandar Hilir yang masih steady hingga ke hari ini.

Orang kata kat sini nasi gorengnya paling padu. Masakan cara lama, rasa penuh nostalgia gitu.

Waktu Operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari

Lokasi: Bertentangan dengan Newton Hawker Center, Jalan Paraneswara, Kampung Bandar Hilir

Jom Mulakan Food Hunting

Hah, banyak juga tempat sarapan di Melaka yang menarik, kan? Lepas ni mesti semangat nak bangun awal pagi sebab tak sabar nak pergi breakfast. Tak adalah bosan makan roti atau sarapan di bilik hotel saja.

Apapun, selamat berfood hunting!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×