Dapur

Jamin Bersih Buat Udang Kering Sendiri, Nak Lagi Ekspres Guna Oven Tak Perlu Jemur!

34
SHARES
cara buat udang kering

Ada orang yang gemar membuat udang kering sendiri, berbanding beli di pasar kerana ragu akan kebersihannya. Sekiranya, anda juga berasa begitu, boleh saja memprosesnya sendiri di rumah. Cara buat udang kering tidak sukar sebenarnya, hanya memerlukan dua bahan sahaja.

Malah, anda juga diberi pilihan untuk menjemurnya di bawah terik matahari atau dibakar di dalam ketuhar sahaja. Oleh itu, mari ikuti perkongsian cara buat udang kering oleh Puan Suhaila Ishak.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Ikan Tenggiri, Kena Letak Lebih 1 Bahan Ini Kuah Jadi Sedap!

CARA BUAT UDANG KERING

cara buat udang kering

Gambar: Ha segar kan, makan macam itu saja pun sedap – Suhaila Ishak

Mari buat udang kering sendiri. Dijamin bersih lagi halal. Sudah lama saya tak beli udang kering sebab ragu dengan kebersihannya.

Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

Baca juga: Solok Lada Cara Mudah & Enak, Guna Resepi Ini Baru Rasa Keasliannya!

Bahan dan proses:

  • Udang laut setengah kilo
  • Garam 1 sudu kecil
cara buat udang kering

Gambar: Suhaila Ishak

  1. Beli setengah kilo udang laut yang kulitnya keras di pasar.
  2. Kemudian, rebus udang dengan sedikit air campur garam dalam satu sudu kecil sampai kering air untuk kekalkan manis udang itu.
  3. Lepas rebus boleh jemur bawah matahari terik atau masukkan ke dalam ketuhar (oven), suhu 150 dan bakar sampai kering dalam 20 minit.
  4. Bila dah betul-betul kering, masukan ke dalam plastik dna ramas-ramas saja.
  5. Setelah itu asingkan isi udang dari kulitnya.
  6. Dah siap simpan dalam balang kedap udara.

Baca juga: Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!

resepi chili oil udang kering

Gambar: Suhaila Ishak

Nota:

Kepada anda yang belum tahu, penggunaan garam adalah untuk memberikan tekstur isi udang keras sedikit dan tahan lama seperti membuat ikan masin.

Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!

Sumber: Suhaila Ishak via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Suhaila Ishak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×