Dapur

Resipi Asam Pedas Johor Ikan Tenggiri, Kena Letak Lebih 1 Bahan Ini Kuah Jadi Sedap!

95
SHARES
asam pedas johor

Masakan asam pedas dari negeri Johor, sedikit berbeza daripada asam pedas orang Melaka. Di mana, bahan rempahnya tidak mempunyai jintan manis, putih, halba. Di tambah pula, dengan memasukkan satu bahan ini dengan lebih akan menjadikan lauk asam pedas Johor bertambah enak.

Oleh itu, mari ikuti resipi asam pedas Johor ikan tenggiri yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini.

Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

ASAM PEDAS JOHOR

asam pedas johor

Gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Johor

Jumpa lauk ini tiap hari pun tak apa. Nak dapatkan asam pedas yang sedap, cara asam pedas Johor ya. Asam pedas Johor tak sama macam asam pedas Melaka sebab dia tak guna rempah (jintan manis, putih, halba). Bahan yang sangat mudah.

Baca juga: Solok Lada Cara Mudah & Enak, Guna Resepi Ini Baru Rasa Keasliannya!

Tips masak asam pedas Johor

  • Asam pedas ini nak sedap halia kena letak lebih
  • Minyak lebih sikit untuk menumis (lebihan minyak perlu dibuang)
  • Menumis kena betul-betul sampai pecah minyak
  • Masa tengah menumis cili masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk dapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengan haruman daun dan bunga tersebut
  • Kalau takda daun kesum dan bunga kantan gantikan dengan serai
  • Kena cukup rasa pedas dan asamnya

Sesetengah orang suka letak akhir-akhir bunga kantan dan daun kesum, tapi saya suka letak awal.

Baca juga: Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!

RESIPI ASAM PEDAS JOHOR HOMEMADE BY ROSELYZA

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 11/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit belacan (ikut rasa masing-masing tak letak pun tak apa)

Bahan lain:

  • Ikan apa-apa jenis
  • 1 senduk penuh cili kering
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Daun kesum
  • 1-2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan air biasa
  • Garam secukupnya

Baca juga: Cara Gandakan Sabun Cuci Pinggan Guna 3 Bahan, Tahan Hingga 5 Bulan & Buih Pun Banyak!

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak masukkan bahan kisar tadi, tumis sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu smpai mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan atau daun kesum dan masak sampai naik bau.
  5. Akhir sekali baru masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan garam secukup rasa.

** boleh letak bendi atau tomato

** boleh tambah dengan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.

Baca juga: Resepi Sos Blackpepper Prosperity Khairul Aming, Guna Coney Sosej Pun Sedap!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Tengku RosElyza Raja Muhammad / Wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×