Dapur

Petua Hilang Bau Hancing Ikan Pari, Rendam Dalam 2 ‘Air Putih’ Ini Baru Menjadi!

40
SHARES
ikan pari bau hancing

Peminat hidangan ikan pari seperti lauk asam pedas ikan pari, memang ramai! Namun, tidak ramai pula yang tahu mencuci bersih ikan ini. Hal ini kerana, ikan pari bau hancing sekiranya tidak dicuci dengan betul.

Justeru itu, bagi menambah kemahiran memasak anda, molek kiranya anda mencuba petua membersihkan ikan pari dengan cara mudah di bawah ini. Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Faizah Husin. Semoga bermanfaat kepada semua!

Baca juga: Resepi Ketupat Pulut Lemak Sarawak Anyaman Dari Daun Nipah, Unik & Aromanya Berbeza!

IKAN PARI BAU HANCING

ikan pari bau hancing

Assalamualaikum. Saya nak kongsi petua untuk hilangkan bau hancing ikan pari. Jom lihat caranya di bawah.

PETUA HILANGKAN BAU HANCING IKAN PARI

BAHAN-BAHAN:

  • Garam
  • Air beras
  • Air kapur

LANGKAH-LANGKAH:

ikan pari bau hancing

1. Mula-mula, ikan pari yang dibeli perlulah disiang terlebih dahulu.

2. Setelah itu, cuci ikan pari yang telah disiang dengan garam di dalam besen.

3. Kemudian, ia dibilas dan direndam pula dengan air beras dan dicuci bersih lagi.

4. Terakhir, rendam ikan pari tersebut dengan air kapur dalam 1 sudu besar selama 5 minit.

5. Cucilah ia bersih-bersih, di mana akan kelihatan buih-buih hancing yang mengalir keluar.

Maka, itu tanda ikan pari anda telah bersih. Selamat mencuba.

ikan pari bau hancing

Sumber: Facebook Faizah Husin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×