Dapur

Rahsia KUAH MI KARI Sedap Dari Chef, Letak 3 Bahan Ini, Rasa Umami Sampai Terangkat!

172
SHARES
mee kari

Mi kari merupakan suatu hidangan sup mi pedas yang dihiasi dengan pelbagai bahan tambahan popular di Malaysia. Kuahnya pula menjadi simbol penting kepada keenakan hidangan ini. Kalau nak tahu, terdapat rahsia untuk menyedapkan kuah mee kari ini.

Melalui perkongsian dari Kak Chik, anda perlu meletakkan beberapan bahan penting ke dalam sajian ini agar ia mempunyai rasa yang umami dan enak! Jom ikuti resepi mee kari di bawah!

Baca juga: Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!

MEE KARI KUAH SEDAP

mee kari

Gambar: Dapur Kak Chik

Resepi Mee Kari ini Kak Chik dapat dari kenalan yang juga belajar dari chef hotel. Rahsia nak bagi kuah mee kari sedap ialah kena letak susu cair dan kisaran isi udang serta ikan bilis. Jom layan resepinya. Moga bermanfaat.

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

Bahan A – kisar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering
  • Segenggam ikan bilis

Bahan B:

  • Santan pekat – 1kg
  • Susu cair – 1 tin

Bahan C:

  • Serbuk kari – 2 senduk besar dibancuh dengan air
  • Daun kari
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)

Bahan D:

  • Isi udang 1/2 cawan – dikisar kasar
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Kiub ayam
  • Asam keping
  • Gula
  • 3 biji kentang direbus – kisar halus

Bahan E:

Baca juga: Resepi Air Asam Cabai Picit, Pencicah Padu Ikan Bakar Stail Utara!

Bahan tabur:

mee kari

Gambar: Dapur Kak Chik

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Taugeh
  • Limau
  • Telur rebus
  • Cili merah

Langkah memasak:

  1. Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan A.
  2. Selepas itu, boleh masukkan bahan C dan biarkan ia masak sehingga rempah tersebut naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan bahan B & D yang dikacau sehingga menggelegak.
  4. Terakhir sekali, baru masukkan bahan E.

Baca juga: Resepi Roti Naan Ala ‘Turkish Bread’, Menggebu Cantik & Lembut Sangat!

Sumber: Dapur Kak Chik

FT Image: Dapur Kak Chik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×