Dapur

Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!

150
SHARES
set nasi minyak

Nasi minyak sering dinikmati ketika berada di majlis kenduri kahwin. Namun, anda juga boleh menikmatinya di rumah bersama keluarga dengan resipi set nasi minyak yang mudah ini.

Bukan hanya ada resipi nasi minyak sahaja, malah resipi ayam masak merah, lauk kurma ayam kentang dan sayur acar mentah juga ada! Mari lihat perkongsian resipi Puan Hidayati Hana di bawah.

Baca juga: Resepi Air Asam Cabai Picit, Pencicah Padu Ikan Bakar Stail Utara!

SET NASI MINYAK ‘SIMPLE’ DENGAN LAUK-PAUK

set nasi minyak

Gambar: Hidayati Hana

Nasi Minyak simple (mudah) digandingkan dengan ayam masak merah, kurma ayam kentang, acar mentah timun carrot dan papadom lunch hari ini.

Resepi nasi minyak 

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga)
  • 2 sudu besar mentega/ minyak masak
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • Air secukupnya (anggaran air ~ 1 cawan beras bersamaan 1.5 cawan air )
  • 2 helai daun pandan
  • Bawang goreng hiasan
  1. Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
  4. Bila bawang dah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam.
  5. Tuangkan dalam periuk nasi.
  6. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  7. Biiarkan 5 minit baru gembur-gemburkan nasi guna garfu supaya nasi tak patah.
  8. Akhir sekali, taburkan bawang goreng.

Baca juga: Resepi Roti Naan Ala ‘Turkish Bread’, Menggebu Cantik & Lembut Sangat!

Ayam masak merah

set nasi minyak

Gambar: Hidayati Hana

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawag putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga , bunga lawang)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun bawang/daun ketumbar
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Ayam digaul dengan serbuk kunyit+garam dan goreng hingga masak.
  3. Guna minyak goreng ayam tadi, goreng bawang merah yang sudah dihiris dan angkat ketepikan.
  4. Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
  5. Bila naik bau, masukkan cili kisar.
  6. Tumis hingga cili garing.
  7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
  8. Masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula.
  9. Bila mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
  10. Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.
  11. Hiaskan dengan daun ketumbar/daun bawang.

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

Kurma ayam kentang

set nasi minyak

Gambar: Hidayati Hana

  • Beberapa ketul ayam dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 kotak santan
  • 1 peket rempah kurma
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan garam
  • Air secukupnya

Bahan tumis:

  • 1 biji bunga lawang, sedikit kulit kayu manis
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  1. Hiris halus bahan tumis bertanda *
  2. Tumis bahan-bahan hiris dan biarkan hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kurma dan air sedikit.
  4. Masak hingga naik minyak.
  5. Masukkan ayam, ubi kentang, carrot.
  6. Masukkan santan + sedikit air.
  7. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan garam secukup rasa.
  9. Biarkan kuah masak hingga pekat sedikit (boleh juga masukkn cili merah/cili hijau jika suka).

Baca juga: Resepi Rotiboy Ekspres Guna ‘Airfryer’, Hasilnya Lembut & Gebu Sangat!

Acar mentah (jelatah) 

set nasi minyak

Gambar: Hidayati Hana

  • 1 biji timun
  • 1 biji carrot
  • 1 -2 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit cuka makan
  • Garam dan gula
  1. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

Maka, siaplah semua resepi hidangan nasi minyak bersama lauk-pauknya. Selamat mencuba!

Baca juga: 3+ Tips Bersihkan Lala (Seafood) Dari Pasir, Lumpur & Bau Hanyir, Dijamin Mudah!

Sumber: Hidayati Hana via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM

FT Image: Hidayati Hana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×