Dapur

Lebih Sedap Buat Sendiri Rempah Kari Ikan, Guna Bahan Mentah Di Dapur Je!

23
SHARES
rempah kari ikan

Rempah kari ikan yang berada di pasaran merupakan bahan yang paling dikehendaki sekiranya ingin membuat hidangan kari. Meskipun begitu, anda sebenarnya boleh buat rempah kari itu sendiri menggunakan bahan mentah yang ada di dapur.

Melalui perkongsian Puan Normah Bahari, rempah kari buatan sendiri ini lebih enak rasanya dan ramai pengikut di laman Facebooknya bersetuju dengan resepi ini.

Baca juga: Resepi Aiskrim Durian Homemade, Penyejuk Tekak Yang ‘Confirm’ Asli Rasanya!

REMPAH KARI IKAN

rempah kari ikan

Cara buat rempah kari ikan guna bahan mentah

Jom kita buat kari ikan guna bahan mentah ikut cara macam ini , ikut sukatan rempah di bawah.

  • 10-12 biji cili kering
  • 3 sudu besar rempah biji ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bawang kecil
  • Kunyit hidup
  • 10-15 biji lada hitam
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  1. Basuh semua bahan, tapis.
  2. Kemudian, rendam air panas selama 10 minit kecuali bawang dan kunyit hidup.
  3. Kisarkan kesemuanya sehingga betul-betul halus.

Rempah sudah siap untuk dibuat kari. Boleh masak cara yang sama seperti guna serbuk kari.

Resepi kari ikan guna rempah kari buatan sendiri

Setelah rempah dikisar hingga betul-betul halus, kemudian sediakan:

  • 5 ulas bawang kecil/1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2- 1 cwn minyak untuk menumis
  • 1 sb halba campur
  • 1 biji tomato ( dipotong kecil )
  • 1/2 kg ikan
  • 1 cwn santan ( 1/2 biji kelapa )
  • asam jawa ( agak2 )
  • 1 cwn air
  • sayuran
  1. Tumis bawang yang dipotong, masuk halba campur, tomato dan daun kari.
  2. Bila dah wangi, masuk rempah yang dikisar halus tadi dan kacau dengan api perlahan.
  3. Kemudian, bila dah bau harum semerbak baru tuang air dan tunggu hingga pecah minyak (pastikan betul-betul pecah minyak).
  4. Setelah itu, baru curah santan, asam jawa dan tambah air lagi.
  5. Selepas itu, masukkan ikan, perasa dan akhir sekali masukkan sayuran.

Sumber: Facebook Normah Bahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×