Dapur

Resepi Lengkap Set Nasi Tomato, Ayam Masak Merah & Dalca Macam Di Kenduri. Memang Padu!

48
SHARES

Dah bosan asyik makan nasi putih je? sesekali teringin juga tekak ni nak makan nasi tomato kan? Tapi kalau bukan dekat pasar malam atau rumah kenduri, susah juga nak cari orang jual nasi tomato pada hari-hari biasa. Oleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri nasi tomato lengkap dengan hidangan ayam masak merah berserta dalca sayur sebagai hidangan lengkap juadah di rumah. Barulah terkenang-kenang momen hadir ke kenduri kan?

Cara buat Nasi Tomato satu set lengkap!

-2 cawan beras basmathi

-2 1/2 cawan air

-Sedikit halia

-1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu

-2 ulas bawang putih potong dadu

-Bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)

-3 sudu besar tomato paste

-1 kiub pati ayam

-Sebatang serai diketuk

-1/2 cawan susu cair

-1 sudu besar minyak sapi dan sedikit minyak tuk menumis

-Garam

-Hiasan daun pudina dan bawang goreng

Cara-Caranya

1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap

2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis

3. Tumis sehingga naik bau…masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..

4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air…dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye ## sukatan air bergantung pada beras yang digunakan… Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan …

Ayam Masak Merah

-1/2 ekor ayam dpotong kecil

-2 biji bawang besar saiz sederhana*

-3 ulas bawang putih*

-Sedikit halia*

-2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar

-2 sudu besar tomato paste

-2 sudu besar sos cili/sos tomato

-Garam

-Gula

-Minyak utk menumis dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

Cara-Caranya

1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.

2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia

3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn api perlahan

4. Masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato

5. Dah agak-agak kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam

6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.

Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur

-300 gm daging lembu dipotong kecil

-Hati lembu dipotong kecil

-Paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)

-2 biji bawang besar sederhana saiz

-3 ulas bawang putih

-3 sudu rempah dalca

-1 mangkuk santan

-Sedikit halia

-Sedikit air asam jawa

-Bahan penumis

Siap!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×