Dapur

Cara Gandakan Sabun Cuci Pinggan Guna 3 Bahan, Tahan Hingga 5 Bulan & Buih Pun Banyak!

2
SHARES
sabun cuci pinggan

Sabun cuci pinggan merupakan keperluan penting yang perlu dibelanjakan setiap bulan, terutamanya apabila ia kerap kali digunakan dalam sehari. Hal ini kerana, ia satu-satunya bahan untuk membersihkan kotoran pada alatan dapur seperti pinggan, cawan, kuali dan sebagainya.

Apabila sabun cuci pinggan digunakan setiap hari, maka kuantitinya pun akan berkurangan dan menjadikan ia cepat sahaja habis. Maka, bagi membuatkan pencuci ini bertahan dalam tempoh lama seperti 5 bulan, mari ikuti cara gandakan sabun cuci pinggan seperti dikongsikan شهيد شهداء.

Baca juga: 7 Barangan Wajib Ada Untuk Dekorasi Rumah Ala Drama Korea, Baru ‘Feeling’ Tengok K-Drama!

SABUN CUCI PINGGAN

sabun cuci pinggan

Gambar: freepik

Ini bukan pasal resipi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian. Jimatlah juga belanja dapurkan.

800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun. Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan, okay tak?

Saya seronok sangat sebab buih sabunya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai. Mudah je.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Bahan-bahan dan langkah penyediaan:

sabun cuci pinggan

Gambar: Sangat membantu jimat belanja, asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol. –  شهيد شهداء

Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan). Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap!

Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml. Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 saja sukatan atas tu).

Insya Allah, kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Paling penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.

Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!

sabun cuci pinggan

Gambar: Ini saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan. – شهيد شهداء

Untuk makluman

  1. Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah sebab 2 liter pun dah amat banyak. Lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering dan lain-lain.
  2. Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya, guna sikit untuk sekali basuhan.
  3. Masalah tangan kering, penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan. Sebab? Kekurangan kaedah ini adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun, itu saja.
  4. Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit.

Cara gandakan ini bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.

Jadi, cara ini hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar-benar inginkan lebih penjimatan. Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain.

Sekian.

Baca juga: Begini Cara Lipat Bungkusan Plastik, Tak Adalah Penuh Membukit & Serabut Mata Tengok!

Sumber: شهيد شهداء via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: شهيد شهداء / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×