Pekasam merupakan makanan tradisi yang terkenal di negara ini. Ia menggunakan garam yang banyak dalam proses perapan ikan (lazimnya), untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lama. Cara buat ikan pekasam pun tidaklah sukar dan bahannya pula tidak banyak jenisnya.
Sekiranya anda adalah penggemar pekasam ikan, apa kata cuba belajar buatnya sendiri. Hal ini kerana, ada sesetengah tempat yang menjual ikan pekasam dengan harga agak tinggi. Jadi, mari lihat resepi ikan pekasam sungai dari Suraya Ismail ini.
Baca juga: Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!
CARA BUAT IKAN PEKASAM AIR TAWAR (SUNGAI)
Pekasam ikan sungai. Buat ikan pekasam cara ibu saya:
Bahan-bahan dan proses penyediaan:
- Ikan sungai
- Garam
- Beras biasa
Baca juga: Solok Lada Cara Mudah & Enak, Guna Resepi Ini Baru Rasa Keasliannya!
Baca juga: Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!
- Bersihkan ikan sungai yang betul-betul bersih seperti buang darah, isi perut dan lendir. Kemudian, bilas berkali-kali.
- Perapkan ikan dengan garam. Melumur garam seekor demi seekor. Garam agak-agak sebab masin sangat tak sedap, terkurang garam ikan busuk tak sempat jadi pekasam.
- Sesudah itu, biarkan semalaman.
- Setelah itu, boleh goreng beras sampai berwarna kecoklatan, jangan hangit pula.
- Kemudian, kisar halus jadi macam tepung.
- Lepas semalaman bolehlah bedakkan ikan-ikan itu seekor demi seekor dengan menggolekkan ia ke dalam beras yang telah dikisar.
- Susun rapat-rapat ikan pekasam tadi dalam balang, lagi rapat susunan lagi elok kejadiannya. Tutup rapat bekas dan simpan pada suhu bilik.
Setelah 5 hari perapan boleh la cuba goreng makan dengan nasi panas-panas, syokknya!
Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!
Sumber: Suraya Ismail via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
FT Image: Suraya Ismail