Dapur

Kenali 6 Ikan Air Sungai Yang Ada Sengat Duri, Info Berguna Pemancing ‘Beginner’!

23
SHARES
ikan air tawar

Kali ini penulis ingin berkongsikan maklumat buat pemancing ‘beginner’ atau yang baru berjinak di dalam dunia ini berkenaan ikan air tawar yang mempunyai duri yang menyengat. Pentingnya untuk ambil maklum, agar anda lebih berhati-hati ketika mengendalikan spesis ikan-ikan ini yang mendiami di dalam air sungai.

Mari lihat butirannya di bawah.

Baca juga: Step-By-Step Resepi Nasi Ayam Hainan, Air Rebusan Ayam Wajib Ada Baru ‘Kick’!

IKAN AIR TAWAR

ikan air tawar

Gambar: freepik

Melalui portal Umpan, ikan air tawar boleh dibahagi kepada dua spesis iaitu ikan bersisik dan tidak bersisik. Di mana, sisik pada ikan dianggap sebagai agen keselamatan.

Bagi ikan yang tidak mempunyai sisik, kebanyakannya dibekalkan set pertahanan diri yang lebih berbahaya seperti duri yang menyengat. Berikut merupakan enam spesis ikan air tawar yang mempunyai bisa menyengat untuk diketahui, terutamanya pada anda yang baru berjinak dalam dunia memancing.

Baca juga: Rahsia KUAH MI KARI Sedap Dari Chef, Letak 3 Bahan Ini, Rasa Umami Sampai Terangkat!

1. Limbat

Ikan Keli Limbat hidup dalam kawasan berlukar atau semak-samun yang ditakungi air di kasawan sawah. Ukuran tubuhnya lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat.

Selain itu, Keli Limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya yang memakan anak ikan, serangga, udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Dikenali dengan nama umum, Slender Walking Catfish, umpan terbaik ikan ini ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.

Ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara. Namun kini, ikan ini dipercayai telah pupus.

2. Patin

Patin atau nama umumnya Shark Catfish merupakan ikan tersohor di negeri Pahang. Biarpun rasanya sedap, namun anda perlu berhati-hati semasa memancing kerana ia mempunyai duri bersengat untuk mempertahankan dirinya.

Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Lazimnya, Ikan Patin yang diternak, durinya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan Patin liar.

Baca juga: Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!

3. Keli

ikan air tawar

Gambar: Reddit

Ikan Keli antara hidupan air yang sering dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ia juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan.

Nama umumnya adalah Walking Catfish atau Catfish. Spesiesnya termasuk Keli Bunga, Keli Kayu dan Keli Afrika yang mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.

4. Baung

Baung atau River Catfish pula sentiasa menjadi antara spesis kegemaran pemancing air tawar. Ikan air tawar ini mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan, jika anda tidak berhati-hati.

Kalau nak tahu, duri sengat Ikan Baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.

Baca juga: Resepi Air Asam Cabai Picit, Pencicah Padu Ikan Bakar Stail Utara!

5. Puyu

Seterusnya adalah Ikan Puyu yang merupakan spesies ikan yang paling lasak. Fizikalnya yang bersisik dan bersirip keras memudahkan ia bergerak di atas tanah yang berair. Pada ketika tertentu musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Menariknya, Ikan Puyu mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab.

Ikan Puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Walaupun tidak memiliki sengat tetapi sirip-sirip berdurinya sangat tajam dan mudah melukai tangan.

6. Pari Air Tawar

Pari Air Tawar (White-edge Freshwater Whipray) adalah spesies ikan pari yang sukar ditemui dari keluarga Dasyatidae, yang berasal dari empat sistem sungai di Asia Tenggara.

Saiznya berukuran sehingga 60 cm. Pari ini memiliki cakera sirip pectoral melengkung dan ekor sangat panjang, seperti cambuk tanpa lipatan sirip.

Baca juga: Resepi Roti Naan Ala ‘Turkish Bread’, Menggebu Cantik & Lembut Sangat!

Sumber: Umpan

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×