Dapur

Begini Rupanya Atok Buat Tempoyak, Tak Berkulat & Tahan Lama, Simpan Luar Peti Sejuk Je!

35
SHARES
resepi tempoyak

Kalau anda nak buat tempoyak, apa kata cuba cara orang zaman dulu buat yang tidak perlu simpan di dalam peti sejuk pun. Panduan resepi tempoyak cara orang lama ini telah dikongsikan oleh saudara Awan Putih.

Menurutnya, ini merupakan tempoyak yang mempunyai rasa sebenarnya iaitu masam. Bahkan, cara penyimpanan juga terpulang pada anda, sama ada ingin simpan tempoyak di dalam peti sejuk atau tidak. Hal ini kerana, kualiti tempoyak tetap tahan lama dan tidak berkulat!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng ‘Campak-Campak’ Emak Selalu Buat, Memang Mudah & Enak!

RESEPI TEMPOYAK TAHAN LAMA & TAK BERKULAT

resepi tempoyak

Gambar: Awan Putih

Saya nak kongsi cara buat tempoyak supaya tak berkulat dan tahan lama. Sebenarnya tempoyak ini masam tapi ada orang dia lebih suka dengan rasa durian bukan masam kan.

Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak tak nak masam, asingkan isi dan biji masukkan dalam bekas. Kemudian, terus masukkan dalam peti sejuk ya.

Bagi makan harian masukkan dalam bekas asing dan untuk simpanan masukkan bekas lain letak tempat beku. Di bawah ini cara buat tempoyak yang betul-betul tempoyak ya, yang rasa masam dan boleh tahan bertahun.

Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Pandan ‘Step By Step’, Hijaunya Lebih Tebal & Lembut!

Cara-cara penyediaan tempoyak

resepi tempoyak

Gambar: Isi durian yang telah ditoskan selama 2 malam di luar peti sejuk dan tiada kulat – Awan Putih

Durian boleh pakai yang orang jual murah-murah, maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau korang nak pakai durian musang king pun ikut suka lah.

Maksud tak elok itu bukan kata berulat atau dah bekulat tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.

  1. Asingkan biji dari isi durian.
  2. Masukan isi durian di dalam penapis.
  3. Kemudian, saya toskan 2 malam dekat luar peti sejuk, nampak tak ada kulat kan (gambar di atas).
  4. Setelah itu, masukan garam dan gaul rata-rata. Jangan letak garam sampai masin, agak-agak sesedap rasa saja.
  5. Akhir sekali, tempoyak dah boleh letak dalam balang hingga penuh pun tak apa sebab bila tos dekat luar, gas-gas durian dah tak ada. Dia dah kembang siap dah.
  6. Sebelum tutup balang atas, tabur sedikit gula.
  7. Tempoyak nak simpan dalam peti sejuk boleh atau dekat luar pun boleh.

Saya suka letak balang kecik-kecil macam ini, jadi tak usik yg lain. Ini resipi tempoyak masam tau bukan tempoyak yang korang nak rasa lemak wangi durian.

Baca juga: Resepi Urap Pucuk Ubi Menu Kampung Paling Ringkas, Siap Ada Cekur Tu Lagi Sedap!

Sumber: Awan Putih via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Awan Putih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×