Dapur

Resepi Urap Pucuk Ubi Menu Kampung Paling Ringkas, Siap Ada Cekur Tu Lagi Sedap!

114
SHARES
resepi urap pucuk ubi

Urap merupakan menu ringkas yang lazat dan mudah didapati di kawasan kampung. Ia merupakan salad sayur-sayuran yang dicelur dan disangai bersama campuran bahan yang ditumbuk dan kelapa parut. Disebabkan urap boleh dihasilkan dari pelbagai jenis sayur, kali ini penulis bawakan resepi urap pucuk ubi!

Resepi ringkas urap pucuk ubi ini dikongsikan oleh Puan Dhia Batrisha. Menariknya resipi ini, ia turut mempunyai bahan jamu yang popular iaitu daun dan rizom cekur. Tunggu apa lagi, rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

RESEPI URAP PUCUK UBI

resepi urap pucuk ubi

Gambar: Dhia Batrisha

Urap pucuk ubi menu kampung tapi membuka selera. Mana yang suka boleh lah ikut resipi yang ada di setiap gambar. Bila makan urap pucuk ubi mesti ingat masa yang paling seronok makan di kampung bersama keluarga.

Bahan utama:

resepi urap pucuk ubi

Gambar: Dhia Batrisha

Baca juga: Bukan Saja Cantik Dipandang, Ini 7 Jenis Bunga Boleh Dimakan (Edible Flowers)!

Bahan-bahan lain:

resepi urap pucuk ubi

Gambar: Dhia Batrisha

Baca juga: Aiskrim Malaysia Kacang Merah, Antara Perisa Awal Yang Wujud & Dirindui, Ini Resepinya!

Cara penyediaan:

resepi urap pucuk ubi

Gambar: Dhia Batrisha

  1. Sediakan pucuk ubi yang muda supaya urap rasanya lebih sedap dan rangup.
  2. Kemudian, didihkan air dan letak sedikit garam untuk celur pucuk ubi yang dibiarkan sehingga lembut.
  3. Apabila ia sudah lembut, basuh bersih-bersih dan potong pendek dan toskan air bagi kering.
  4. Goreng cili api.
  5. Setelah itu, goreng pula bawang putih, ikan bilis dan belacan.
  6. Seterusnya, bahan-bahan goreng tadi ditumbuk bersama isi cekur.
  7. Teruskan menyangai bahan tumbuk (goreng tanpa minyak) dengan kelapa untuk elak cepat basi.
  8. Apabila bahan disangai kelihatan keperangan, baru boleh masukkan daun cekur yang telah dihiris.

Maka, siap lah hidangan urap pucuk ubi!

Baca juga: Resipi Lempeng Oat Lembut & Lazat, Lumayan Masuk ‘List’ Menu Ibu Berpantang!

Sumber: Dhia Batrisha via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Dhia Batrisha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×