Dapur

Resepi PEKASAM Cendawan, Tarik Perhatian Penggemarnya Berbeza Dari Guna Ikan!

25
SHARES
resepi pekasam

Pekasam adalah sejenis makanan peram tradisi terkenal yang tahan lama dan lazimnya menggunakan ikan. Namun, siapa sangka wujud juga resepi pekasam yang menggunakan cendawan.

Maka, tidak hairan resipi pekasam cendawan ini menarik perhatian orang ramai untuk mencubanya kerana ia jarang didengari dan dijumpai apatah lagi dinikmati. Secara tidak langsung, menjadikan ia resepi pekasam yang perlu dicuba oleh pembaca SirapLimau, sebagaimana perkongsian resipi dari Puan Fieza Afieza di bawah.

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Kampung, Lembut & Sedap Sama Macam Air Tangan Nenek!

RESEPI PEKASAM CENDAWAN

resepi pekasam

Gambar: Fieza Afieza

Suka makan cendawan? Jom hari ini akak nak kongsi resipi pekasam cendawan yang akak buat dan jual. Cendawan akak tanam sendiri di rumah. Jadi lebih fresh, segar-bugar begitu.

Okay, jom tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya:

  • Cendawan segar 380gram
  • 3 cawan beras
  • 2 sudu makan garam pink (nak guna garam biasa pun boleh)
  • 1 sudu makan gula perang (nak guna gula putih pun boleh)
  • 4 keping asam keping
resepi pekasam

Gambar: Fieza Afieza

Baca juga: Petua & Resipi Buat TAPAI PULUT, Rupanya Ada Pantang Larang Kena Ikut!

  1. Basuh cendawan dan carik-carikkan nipis.
  2. Toskan sekering-keringnya. Cara akak letak dalam oven tanpa on suis dan tutup, biar dia betul-betul kering.
  3. Beras disangai iaitu goreng tanpa minyak hingga keperang-perangan, baru tutup api.
  4. Biarkan beras sejuk seketika dan kisar separuh kasar.
  5. Cendawan yang dah betul-betul kering air digaulkan dengan garam, gula dan asam keping. Gaul hingga sebati dan kemudian biarkan dulu.
  6. Okay, selepas berapa minit baru gaulkan dengan beras telah disangai tadi.
  7. Biarkan lagi semua dah rata. Akak letak sekali lagi dalam oven tanpa on suis. Saja nak bagi pekasam ini relaks dulu sebelum dibotolkan.
  8. Setelah itu, dah boleh botolkan dengan ditutup rapat dan biarkan di luar.
  9.  Lepas 2 atau 3 hari baru simpan dalam peti sejuk.

Lepas 2 atau 3 hari, dah siap! Boleh dah goreng dengan cili dan bawang. Makan dengan nasi panas. Auummm.

Tips buat pekasam cendawan

Mudah saja cuma satu tips akak nak pesan kalau nak pekasam ini jadi elok, pastikan basuh cendawan dan toskan biar betul-betul kering. Ini penting, kalau tak memang kelaut lah pekasam itu.

Selamat mencuba, senang saja kan.

Baca juga: Elak Keracunan, Ini Cara Kesan Ayam Busuk Dalam 3 KEADAAN – Mentah, Beku & Masak!

Sumber: Fieza Afieza via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

FT Image: Fieza Afieza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×