Dapur

Resepi Sambal Hitam Pahang Cara Moden & Tradisional, Hasilnya Memang Umami!

44
SHARES
sambal hitam

Selain masakan ikan patin tempoyak, Negeri Pahang juga terkenal dengan sambal hitam. Rasanya yang sedikit masam, masin, pedas dan umami, sangat membangkitkan selera! Lebih-lebih lagi, ia digaul bersama nasi panas.

Oleh sebab itu, kali ini penulis bawakan dua kaedah memasak sambal hitam yang boleh anda cuba di rumah. Kaedah moden dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan dengan menggunakan periuk elektrik, manakala kaedah tradisional pula dari Murni Rahmat yang menggunakan tin biskut dan kayu api.

Paling penting, kedua-dua kaedah ini menjanjikan keenakan sambal hitam pahang yang tiada tandingan!

Baca juga: Ini Tips ‘Power’ Siang Udang Lipan, Hasilnya Isi Seketul Tanpa Lekat Pada Kulit!

SAMBAL HITAM

sambal hitam

Sambal hitam pahang cara moden oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sekarang tengah musim belimbing buluh ke? Hari itu viral resepi kek belimbing buluh. Lepas itu staff saya pula beri saya 2 kg belimbing buluh. Nak buat kek tak pandai. Jadi kita buat sambal hitam ekspress.

Bahan-bahan:

  • 1 kg belimbing buluh
  • 2 genggam ikan bilis
  • 10-15 biji cili padi
  • 15 biji bawang merah (kecil)
  • garam secukup rasa

sambal hitam

1. Mula-mula, bersihkan belimbing buluh. Buang jambul dia. Belimbing buluh rasa dia sangat masam, manis dan ada kelat-kelat sedikit.

Makan begitu sahaja, memang merembes air liur, mencurah-curah. Kalau buat sambal hitam, kurang sikit masam dia. Kita buat stail moden. Masak dalam periuk tekanan eletrik.

2. Guna periuk tekanan, hanya perlu 10 minit sahaja. Letak air ½ cawan, set pada “High Pressure” untuk 10 minit. On! Lepas tu biarkan periuk tu buat kerja sendiri. Tak payah tunggu.

3. Sementara Itu, kita urus ramuan lain. Masukkan ikan bilis, bawang dan cili dalam pengisar.

Selepas kisar, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Dalam 5-10 dah selesai. Ngam-ngam periuk tekanan pun dah berbunyi.

4. Lepaskan stim periuk tekanan sampai habis dan buka! Ini dia belimbing buluh kita, dah gelap sikit tapi masih basah. Lebihan air ni saya cedok dan buang.

Baca juga: Resepi Roti Sardin Goreng Viral, Ini Rahsia Jadi Rangup Kriuk Kriuk & Tak Serap Minyak!

5. Bagi lagi kering, saya set periuk tekanan kepada fungsi “Stir Fry”. Jangan lupa kacau belimbing buluh ketika ini, kalau tidak ia akan hangus.

6. Selepas 15-20 minit, kebanyakan air dah tersejat. Boleh sambung keringkan dalam periuk tekanan jika mahu. Saya tak mahu sebab lenguh ‘tangan’ dalam periuk.

7. Jadi alihkan semua belimbing tadi dalam kuali yang berisi bahan tumisan. Gaul rata. Kita sambung keringkan di dalam kuali.

8. Kacau kacau kacau, sampai hancur belimbing buluh tadi. Ada orang suka sambal hitam yang belimbingnya betul-betul lumat, ada pula yang suka ada kasar-kasar. Ikutlah cita rasa masing-masing.

Jangan lupa letak garam jika tak cukup masin dan sambung masak.

9. Selepas 15-20 minit, dia akan jadi warna macam ni. Barulah sesuai dengan sambal hitam. Ada orang buat basah sedikit, ada orang buat kering terus. Kalau betul-betul kering, boleh tahan lama sikit.

Masak cara bandar ni, kurang satu jam dah selesai. Jimat masa.

Baca juga: Resepi Teh Masala Yang ‘Kick’, Enaknya Melekat Di Segenap Rongga Mulut!

Sambal hitam pahang cara tradisional oleh Murni Rahmat

sambal hitam

Enam jam rebus belimbing, sambung tiga jam masak sambal. Penat tapi berbaloi. Resepi ada dekat bawah kalau rajin nak buat.

Bahan-bahan:

  • Belimbing buluh secukupnya
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili api
  • Ikan bilis

1. Mula-mula, rebus belimbing dengan garam kasar. Jangan banyak sangat, saya letak segenggam untuk 2kg belimbing.

2. Rebus lebih kurang 7-8 jam. Tak perlu duduk menghadap dia saja, sambil-sambil itu boleh buat kerja lain. Rebus tu tak payah masuk air sebab belimbing akan keluar banyak air.

Bila dekat-dekat nak masak, air dia akan kering. Waktu ini kena tengok selalu.

Bila dah hitam dan kering, angkat dan rasa. Kalau masin sangat, kena basuh sikit. Kalau masin sikit saja, tak payah basuh. Nanti masak sambal tak payah letak garam.

3. Ok, bahan sambal. Kisar bawang besar dan bawang putih. Asingkan. Kemudian, kisar ikan bilis dan cili api. Asingkan.

4. Belimbing tadi ditumbuk atau kisar.

5. Panaskan minyak. Tumis bawang sampai wangi. Dah naik bau, masuk cili dan ikan bilis. Lepas itu, masuk juga belimbing tadi.

Kacau lah puas-puas sampai warna dia cantik hitam. Kalau rajin, goreng ikan bilis. Dah siap masak sambal, gaul ikan bilis dalam sambal tu. Insha Allah sedap!

Baca juga: Resipi Apam Puri Kastard Viral, Rupa Seakan Karipap, Sedap & Berwarna-Warni!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan / Murni Rahmat

FT Image

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×