Dapur

Resepi Sambal Ikan Stail Terengganu, Nikmatnya Lawan Dengan Nasi Impit!

42
SHARES

Nasi impit dan kuah kacang begitu sinonim dinikmati bersama ketika hari raya. Namun, berbeza pula budaya makanan nasi impit di negeri Terengganu.

Melalui perkongsian Puan Nor Azimah Ali, sambal ikan stail Terengganu menjadi pilihan buat penduduk tempatan di negeri tersebut untuk dilawankan bersama nasi impit. Kalau anda sudah jemu dengan rendang dan kuah kacang, boleh lah mencuba resepi seperti di bawah.

Baca juga: Resepi Kuetiau Goreng Basah Viral, Bahan Pun Ringkas & Rasa Macam Di Warung!

RESEPI SAMBAL IKAN STAIL TERENGGANU, NIKMATNY LAWAN DENGAN NASI IMPIT

Hai warga MAHN yang dikasihi. Masih beraya ke tu hehe.

Nak try makan nasi impit dengan sambal ikan Terengganu stail? Sedapppp. Cubalah buat satu kelainan untuk hidang kat tetamu tu, mesti terangkat!

Dari awal raya haritu dah teringin nak buat tapi tak sempat-sempat. Pagi ni paksa bagi sempat juga hehe sebab petang karang nak sambung beraya lagi ni.

Resepinya mudah, bahan pun mudah, cuma nak kan rajin je.

RESEPI SAMBAL IKAN STAIL TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan
  • 4 ulas bawang merah
  • Sehiris halia
  • Setengah sudu kecil lada hitam
  • Kelapa parut muda
  • Garam dan gula

*ini kiraan bahan untuk yang sedikit makan, boleh gandakan untuk buat banyak.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Isi ikan.

1. Saya buat sikit je, guna 2 ekor ikan, kalau nak buat banyak just gandakan bahan yea. Ikan ni seeloknya dipanggang. Tapi saya nak cepat, so saya rebus je. Ambil isi.

Bawang, halia, lada hitam tumbuk kasar. Tumbuk dalam lesung batu lejen.

2. Bawang merah 4 ulas, halia sehiris, lada hitam setengah sudu kecil semua ni tumbuk kasar je.

3. Kelapa muda diparut

4. Garam dan gula secukup rasa.

Semua bahan leburkan dalam kuali.

5. Semua bahan ni lebur saja dalam kuali dan dimasak dengan api sedang.

6. Kalau kering sangat boleh tuangkan sikit air rebusan ikan tadi.

Siap! dan selamat mencuba.

REAKSI MENGUJAKAN DARIPADA PENGIKUT & IKAN YANG DICADANGKAN!

Manakala, di bahagian ruangan komen telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, puan Azimah turut mencadangkan agar menggunakan isi ikan sardin kerana isinya yang manis kepada seorang pengikut yang bertanya mengenai jenis ikan yang sesuai.

Ramai yang menyatakan sambal ikan ini sememangnya enak! Ada juga yang makan sebagai menu berpantang.

 

Sumber: Facebook Nor Azimah Ali via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×