Dapur

Resepi Teh Masala Yang ‘Kick’, Enaknya Melekat Di Segenap Rongga Mulut!

420
SHARES
teh masala

Teh masala yang turut dikenali sebagai chai atau masala chai merupakan minuman India yang popular di seluruh Asia Selatan. Minuman ini dibuat dengan membancuh teh hitam dalam susu dan air, kemudian dimaniskan dengan gula. Malah, menambah herba dan rempah aromatik menghasilkan teh masala tersebut, walaupun ia sering disediakan tanpa rempah.

Sekiranya anda ingin memadamkan rasa ingin tahu bagaimana enaknya rasa teh masala ini, boleh ikuti resepi teh masala yang kaw lemak manis berkrim dan lazat di bawah dari Puan Aisyah Humaira.

Baca juga: Rahsia ‘Masak’ Air Teh Tarik Betul-Betul Kaw, Kena Guna Bahan Ini Selain Teh & Susu!

TEH MASALA

teh masala

Gambar: Aisyah Humaira

Teh Masala kaw lemak manis berkrim + savoury. Nikmat hirup perlahan-lahan ketika panas-panas suam. Dia punya kaw melekat disegenap rongga mulut, yang tak suka rasa “Rempah” tak perlu letak bahan rempah tapi hasilnya teh kaw saja lah tidak lagi teh MASALA.

Bahan-bahan:

  • 3 liter air
  • 7 uncang teh
  • 5 biji bunga cengkih kecil
  • 3 biji buah pelaga
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia diketuk
  • 5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
  • 1 cawan susu kotak
  • 2 sudu besar susu tepung
teh masala

Gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Cara Buang Angin Dalam Badan, Boleh Cuba Antara 3 Air Mujarab Ini!

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Masukkan uncang teh, setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
  3. Dalam 1 bekas masukkan susu kotak, susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
  4. Tuang susu dibancuh tadi ke dalam periuk teh dan kacau sebati.
teh masala

Gambar: Aisyah Humaira

Siap dan sedia dihidang! Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.

Cara buat telur separuh masak:

  1. Didihkan air dan matikan api.
  2. Masukkan telur dan biarkan sehingga 6-7 minit tanpa tutup periuk.
  3. Cukup tempoh terus buang air panas tadi dan rendam dalam air sejuk.

Siap telur separuh masak!

Gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Apam Puri Kastard Viral, Rupa Seakan Karipap, Sedap & Berwarna-Warni!

Sumber: Aisyah Humaira via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×