Dapur

Pakar Nutrisi Kongsi Jenis Susu/Krimer Dalam Tin, Barulah Tak Tersalah Guna!

16
SHARES

Di pasaran memang terlalu banyak jenis susu atau krimer dalam tin yang dijual dengan pelbagai fungsi daripada pelbagai jenama juga. Namun, masih ada lagi yang keliru dengan penggunaannya dalam minuman dan masakan kerana ingat semuanya adalah sama.

Jika anda masih keliru, jangan risau lagi kerana Pakar Nutrisi, Thiru Kanesh telah menjelaskan maklumat mengenai jenis susu atau krimer tin di laman sosial Facebook beliau. Jom ikuti!

Baca juga: Doktor Kongsi Kesan Kandungan Gula Putih Berlebihan Dalam Badan!

PAKAR NUTRISI KONGSI JENIS SUSU/KRIMER DALAM TIN, BARULAH TAK TERSALAH GUNA!

Lepak mamak pekena teh tarik, kopi tarik? In-trend dengan bubble tea atau boba, teh ais kaw cincau? Atau sedap lagi ABC bawah pokok?

Ya, memang rasa sedap, manis dan kaw tapi tahukah apa yang diletakkan dalam minuman itu? Susu kan?

Betulkah ‘susu’? Ataupun susu segar? susu cair? susu pekat? atau krimer manis? Ataupun panggil ja semuanya ‘susu tin’?

“Lorhhh dah macam-macam jenis ka?” Ingatkan semua ‘susu dalam tin’ tu sama ja.

Salah kefahaman tu.

Hakikatnya, ada pelbagai jenis variasi susu dalam tin dan tidak ketinggalan juga jenis krimer manis yang digunakan dengan lebih meluas. Apa pula krimer manis? Rujuk ni:

KENALI PELBAGAI JENIS ‘SUSU DALAM TIN’

1. SUSU SEJAT (EVAPORATED MILK)

Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali sebagai susu cair dalam kalangan orang kita.

2. SUSU PEKAT MANIS (SWEETENED CONDENSED MILK)

Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih pekat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.

3. SUSU ISIAN SEJAT (EVAPORATED FILLED MILK)

Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu tu pula telah diganti dengan minyak makan sayuran. Ada juga orang yang gunakan produk seperti ini dalam masakan, kuih dan dessert malah, ABC.

4. SUSU ISIAN PEKAT MANIS (SWEETENED CONDENSED FILLED MILK)

Sama seperti susu isian sejat dan ditambah gula. Rujuk pada bahan pertama di senarai ramuan label produk – kebiasaannya gula.

5. KRIMER MANIS (SWEETENED CREAMER)

Krimer manis ialah keluaran yang diperoleh dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu untuk memaniskan dan memutihkan minuman.

Kebiasaannya produk jenis ini tinggi kandungan gula (kandungan gula adalah ramuan utama) dan hampir tiada kandungan susu bergantung kepada jenis keluaran atau jenama.

Sangat meluas penggunaanya di negara kita terutamanya dalam minuman panas seperti teh tarik, sirap bandung dan sebagainya. Ada juga krimer manis yang berperisa (coklat, strawberi, karamel).

KETAHUI TENTANG PRODUK KRIMER TANPA TENUSU

Selain (1-5) di atas, ada juga produk krimer tanpa tenusu, iaitu keluaran yang disediakan daripada lemak sayuran dan karbohidrat yang sesuai.

Di pasaran, jenis keluaran ini dapat dilihat dalam bentuk serbuk seperti krimer kopi dan sering digunakan dalam minuman pracampur atau 3 in 1.

RAJINKAN DIRI BACA LABEL TIN DENGAN TELITI UNTUK KETAHUI KANDUNGANNYA

Selama ini anda gunakan yang mana satu atau makanan/minuman yang menggunakan produk yang mana?

Jika pengguna membaca label dengan teliti, ada produk krimer manis akan ditambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.

Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu.

AWAS! KRIMES MANIS TERGOLONG BAWAH KATEGORI BAHAN PEMANIS!

Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer manis tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).

Jadi, tak hairanlah bila negara tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya.

Fikirkan semula, amalkan kesederhanaan!

Apa pun, ambil inisiatif dan rajinkan diri membaca label dan kenali jenis produk. Label produk mungkin berbeza mengikut formulasi terkini syarikat pengeluar.

Sumber: Facebook Thiru Kanesh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×