Dapur

6 Resepi Kek Guna Air Fryer, Tiap-Tiap Hari Boleh Buat Kek!

266
SHARES
resepi kek air fryer

“Renyahnya nak buat kek-kek ni..susah pula tu resepi kek!”

Memasak makanan berlauk dan pastri tertanya memerlukan dua teknik yang berbeza. Orang yang pandai memasak lauk berat tidak semestinya pandai membuat kek dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, sebaris dengan peredaran zaman moden maka wujudlah satu alasan memasa dinamakan ‘air fryer’ untuk memudahkan anda memasak makanan bergoreng. Nampaknya bukan makan bergoreng sahaja, malah anda boleh buat kek juga menggunakan air fryer!

Mudah sahaja, berikut merupakan antara 6 resepi kek menggunakan air fryer yang anda boleh cuba. Lepas ini setiap hujung minggu sahaja mesti dah boleh buat kek sedap-sedap untuk dimakan bersama keluarga.

Baca juga: Cara Betul Cuci Air Fryer Di Rumah Supaya Tak Mudah Rosak, Bersih & Bebas Kuman!

6 RESEPI KEK HANYA GUNA AIR FRYER

1.Resipi Kek Coklat Moist

resepi kek air fryer

Bahan-bahan:

-110 gram tepung gandum
-180 gram gula
-60 gram serbuk koko
-1 biji telur
-1/2 cawan susu
-1/2 cawan air suam
-1/4 cawan minyak masak
-1 sudu teh esen vanila
-1/2 sudu teh garam
-3/4 sudu teh baking powder
-3/4 sudu teh baking soda

Cara penyediaan:

1. Panaskan terlebih dahulu air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.

2. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul rata. (Tepung gandum, serbuk koko, garam, baking powder, baking soda)

3. Masukkan gula dan gaul rata.

4. Masukkan susu,telur, minyak masak, esen vanila dan gaul sebati .

5. Masukkan air suam. Akan nampak cair tapi jangan risau. Teruskan gaul sampai sebati.

6. Tuang ke dalam loyang 6 inchi yang sudah dilapik kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu mentega/minyak masak. Pastikan bahagian kilat di dalam. Tebuk lubang pada permukaan supaya membolehkan kek bernafas dan mengeluarkan wap dan mengekalkan kelembapannya.

7. Bakar 1: 160°C 35 minit. Selepas bakar 1, keluarkan loyang dari bakul air fryer untuk membuka aluminium foil. Masukkan loyang balik kedalam air fryer. Sambung bakar 2: 160°c 10 minit

8. Selepas bakar 2, rehatkan kek di dalam air fryer sebelum keluarkan untuk menstabilkan suhu kek.

9. Keluarkan kek dari air fryer dan rehatkan kek sampai sejuk sebelum potong dan dihidangkan.

2.Resipi Kek Pelangi

Bahan-bahan:

-3 biji telur
-1 1/2 cawan tepung penaik (blue key)
-1 cawan butter
-1/2 cawan gula
-1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

1. Pukul mentega dan gula kastor (saya guna mixer) hingga nampk keputihan.

2. Masukkan telur satu persatu, guna mixer perlahan (no 1). Letak esen vanila 1 sudu kecil.

3. Masukkan tepung blue key sedikit demi sedikit. Guna mixer perlahan atau senduk kayu kacau sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan kpd merah, hijau dan kuning (warna asal). Masukkan ke dalam loyang 6 inci secara selang seli. Tutup loyang dgn aluminium foil.

5. Sebelum masukkan loyang, panaskan AF 10 minit, 160°c.

6. Setelah masukkan loyang dengan suhu 160°c selama 30 minit, buka aluminium foil. Kemudian saya tambah 10 minit lagi (ikut kesesuaian AF masing-masing). Siap untuk dimakan panas-panas.

3.Resipi Kek Pisang

Bahan-bahan:

Ayak:

-1 cawan tepung gandum
-1 sudu kecik baking powder
-1 sudu kecik soda bikarbonat

Blend:

-Pisang 6 biji (saiz kecik)
-1/2 cawan minyak
-1/2 cawan gula (kurangkn kalau pisang manis)
-2 biji telur

Cara penyediaan:

1.Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend.

2.Sapu butter bekas baking.

3.Tabur pisang hiris dan coklat chip bagi menambah selera.

4.Masak suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L.

4.Resipi Kek Chiffon Oren

Bahan-bahan:

-3 biji telur (diasingkan kuning dan putihnya)
-75g tepung kek
-85g gula
-4 sudu besar jus oren
-3 sudu besar minyak sayur
-1 sudu teh serbuk penaik/baking powder
-1/2 sudu teh perisa/esen oren
-Beberapa titik pewarna oren

Cara penyediaan:

1. Gaul kuning telur dengan 1/2 gula. Pukul sehingga kembang dan tukar warna seakan pucat. (Baki gula akan digaul untuk meringue)

2. Masukkan minyak sayur dan gaul sebati.

3. Masukkan jus oren, pewarna oren, perisa oren.

4. Ayakkan tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan telur.

5. Gaul rata tapi jangan terlalu kuat.

Meringue (Adunan telur putih & gula)

Pastikan telur putih disejukkan dahulu selama 30 min ke 1 jam sebelum menyediakan meringue.

1. Keluarkan telur putih dari peti sejuk. Buka pembalut.

2. Pukul telur putih sehingga jernih dan berbuih.

3. Masukkan baki gula sedikit demi sedikit sambil pukul telur putih.

4. Langkah ini supaya gula digaul sebati dengan telur putih dan cukup masa untuk mengembangkan telur putih.

5. Meringue akan siap bila permukaan telur putih itu nampak kilat, licin dan adunannya kembang.

Cara adunan:

1. Kaup sedikit meringue ke dalam adunan telur kuning dan gaul rata sehingga tiada baki telur putih.

2. Kaup lagi meringue dan ulangi langkah 1.

3. Masukkan adunan telur kuning ke dalam mangkuk meringue dan gaul menggunakan senduk spatula. Gunakan teknik “potong dan lipat”. Langkah ini untuk mengekalkan buih dalam meringue.

4. Tuang adunan ke dalam loyang chiffon.

5. Bakar pada suhu 140°C / 20 min.

6. Selepas loceng berbunyi, keluarkan loyang dan terbalikkan untuk sejuk.

7. Bila loyang sudah sejuk, kek sedia dipotong.

5.Resipi Kek Brownies Milo

Bahan-bahan:

-1 cawan serbuk Milo
-2 sudu susu pekat
-2 biji telur
-Kacang badam/cip coklat (hiasan)

Cara penyediaan:

Kacau manja-manja kesemua bahan tu, letak di dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar dalam ‘air fryer’ suhu 180°c 15 minit.

6.Resipi Kek Marble

Bahan-bahan:

-2 cawan tepung kek
-1/4 cawan susu cair
-3 sudu makan susu manis
-3/4 cawan gula castor
-1 sudu teh esen vanilla
-4 biji telur gred A
-1 sudu makan ovalate
-1 cawan butter yang dicairkan.
-Pewarna untuk corak pada kek.

Cara penyediaan:

1.Mix semua bahan kat atas sampai gebu. Kemudian masukkan 1 cawan butter yang dah dicairkan. Gaul biasa je.

2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk corak. Bakar suhu 150°c selama 30minit.

*Nak cuba yang mana satu dahulu?

Sumber: Planet Oven Sue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×