DIY & Kraf

Cara Betul Cuci Air Fryer Di Rumah Supaya Tak Mudah Rosak, Bersih & Bebas Kuman

1.9K
SHARES

Sejak viralnya menu-menu yang boleh dimasak menggunakan air fryer, ramai dalam kalangan mak-mak yang sudah mula beli air fryer. Bila dah digunakan untuk masak, pasti kita perlu mencuci peralatan selepas sahaja digunakan bukan? Kata orang, kalau nka basuh air fryer ini ada caranya yang tertentu, kalau tidak mudah rosak.

Oleh itu, salah seorang pengguna di laman Facebook ini berkongsikan cara dan teknik yang betul untuk anda basuh air fryer tanpa merosakkan peralatan tersebut.

CARA BERSIHKAN AIR FRYER DENGAN BETUL SUPAYA TAK ROSAK

Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetualn saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!

Peralatan Yang Diperlukan:

Cuka Buatan

Soda Bikarbonat

Span Lembut

Sabun Cuci Pinggan

Kain Bersih

Berus Plastik

CARA-CARA CUCI AIR FRYER DENGAN BETUL

1.Pastikan air fryer betul-betul sejuk dna dah ditutup suis.

2.Keluarkan bakul jaring dan letak di tepi.

3.Ambil tisu dan lap sisa-sisa makanan di sekeliling kawasan dalam supaya memudahkan proses anda mencuci nanti. Kemudian, masukkan kembali jaring ke dalam bakul.

4. Didihkan air dan gunakan air panas ini dituang ke dalam bakul air fryer. Ini bagi memudahkan sisa makanan tertanggal, rendam selama 3 minit. Jangan guna span besi basuh pinggan kerana akan mengeluarkan ‘coating’ jaring bakul.

5.Masukkan satu penutup cuka dan suku sudu soda bikarbonat.Kemudian, goncangkan seketika bakul air fryer anda untuk mengeluarkan lagi sisa makanan.

6.Sementara menunggu sisa makanan tertanggal, anda boleh menggunakan senduk kayu atau berus untuk cuci bahagian jaring.

7.Tuang air rendaman tadi kemudian cuci air fryer seperti biasa. Pastikan anda cuci bahagian dalam menggunakan tangan untuk mengelakkan ia dari terhakis. Bilas dan siap!

CUCI BAHAGIAN BADAN AIR FRYER

1.Simpan wayar dengan menolak ke bahagian dalam.

2.Baringkan air fryer. Kemudian, basahkan kain dengan air tanpa menggunakan sabun.Bersihkan elemen pemanas dan lapkan ia secara membulat.

3.Lapkan juga bahagian badan air fryer supaya nampak bersih dan kemas!

Video penuh tutorial:


http://loans-cash.net
Sumber: Amanda Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×