Sihat

5 Petua Semulajadi Merawat Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

21.7K
reads

“Ish, apa nak buat dengan bintik-bintik kat kaki dan tangan si anak ni? Habis digaru-garu makin teruk jadinya. Kasihan betul asyik meragam. Mulut pula ada ulser. Mesti pedih sampai tak lalu makan. Hmm.. Mungkin boleh amalkan petua semulajadi untuk rawatan penyakit kaki tangan dan mulut ni. Mesti ada kawan-kawan yang berpengalaman.”

Sungguhpun penyakit kaki tangan dan mulut ini biasanya biasanya akan sembuh sendiri, namun kita perlu memainkan peranan untuk mengawalnya.

Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 6 Ogos 2016, bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara 23,454 kes HFMD telah dilaporkan dengan purata kes dilaporkan seminggu untuk seluruh negara sebanyak 757 kes. Jumlah ini menunjukkan peningkatan kes sebanyak 17.8% jika dibandingkan dengan tahun 2015.

Untuk pengetahuan ibu bapa, negeri Selangor menyumbangkan jumlah kes tertinggi diikuti dengan Sarawak dan Johor. Tiga daerah di Selangor yang mencatatkan bilangan kes tertinggi HFMD adalah daerah Petaling (2,699 kes), Hulu Langat (1,801 kes) dan Klang (1,023 kes).

Setelah didiagnos di klinik, berikut adalah antara petua yang anda boleh amalkan untuk rawatan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) di rumah.

penyakit tangan kaki dan mulut

Foto Kredit: mmgazette.com

Rawatan Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (HFMD) Secara Semulajadi

1. Aiskrim & Makanan Sejuk

Aiskrim lembut, puding, atau minuman sejuk mampu memberi kelegaan kepada si anak atau bayi yang mengalami ulser di mulut.

Anda boleh membuat sendiri aiskrim tanpa gula dengan menggunakan buah-buahan yang dicampur dengan susu badan atau susu segar.

Setelah mereka menghabiskan aiskrim, anda bolehlah memberi sedikit makanan seperti sup atau susu badan kerana mulutnya masih kebas dan kurang sakit untuk makan.

Jika masih tidak berminat untuk makan, anda boleh cuba sejukkan susu formula atau susu ibu yang diperah.

Ice Cream.

2. Gel Aloe Vera

Gel aloe vera semulajadi boleh digunakan untuk menyapu lepuhan atau bahagian yang terasa gatal.

Seeloknya, cari produk organik yang tidak berbau dan anti-alergenik supaya tidak mendatangkan kesan sampingan.

Gel ini amat sejuk dan dapat memberi kelegaan pada kerengsaan yang dialaminya.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

3. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda yang kita biasa minum untuk demam juga boleh diberikan kepada anak kecil.

Elakkan menambah gula. Sebagai alternatif, boleh juga memberi air barli.

Ia mengandungi antioksidan yang melawan virus, sekaligus membantu menurunkan suhu demam anak.

Minum air kelapa selama seminggu

Foto Kredit: makeupandbeauty.com

4. Buah-buahan & Jus

Selain air kelapa, anda boleh memberi minum jus buah-buahan lain seperti oren atau epal yang kaya dengan khasiat vitamin C.

Kalau disejukkan, lagi bagus. Lebih mudah mereka minum. Elakkan menambah gula pada jus tersebut.

Fruit and juice

4. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara juga antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kaki tangan dan mulut.

Selain digunakan pada luaran, boleh juga disapukan pada bibir bayi yang mengalami ulser.

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun asli boleh digunakan seperti minyak kelapa dara.

Sapukan pada lepuhan dan ambil sedikit untuk disapu pada ulser mulut. Pastikan tangan anda benar-benar bersih sebelum memegang tubuh anak.

Olive zaitun

6. Sup Ayam

Sup atau bubur ayam adalah antara makanan yang paling mudah diterima oleh anak-anak ketika tidak sihat.

Semasa membuat sup ini, pastikan anda melebihkan sedikit bahan yang bersifat antiviral seperti bawang putih dan sayuran seperti lobak merah.

rawatan penyakit kaki tangan dan mulut

Foto Kredit: sites.psu.edu

Biasanya Sembuh Dalam Masa Seminggu

Selalunya, penyakit ini akan surut dalam masa 1 minggu, mungkin kurang atau lebih.

Menurut Dr Mazidah, gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya beransur hilang pada hari ketiga atau keempat.

Namun, ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh, manakala lepuh dan bintik-bintik merah di tangan dan kaki akan biasanya mengambil masa untuk hilang dalam tempoh 10 hari.

Titikberatkan Faktor Kebersihan

Selain rawatan penyakit kaki tangan dan mulut di atas, faktor kebersihan amat perlu dijaga sepanjang masa. Pastikan anda kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sewaktu memegang anak.

Pastikan mereka dikuarantin kerana penyakit ini amat mudah berjangkit.

Jika anak kelihatan sangat tidak bermaya, suhu semakin tinggi, dan membimbangkan, pastikan anda membawanya berjumpa doktor serta-merta.

Yang Popular

To Top