Famili

Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia Mulai 2016

926
SHARES

Mulai April 2016, terdapat sedikit perubahan pada dos suntikan MMR dan JE (Sarawak). Berikut dilampirkan Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016 yang terbaru seperti di bawah ini:

jadual imunisasi kementerian kesihatan malaysia 2016

Foto kredit: Laman FB Rasmi KKM

Apakah Perubahan Dalam Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016?

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh KKM, kajian 5 tahun kebelakangan ini menunjukkan demam campak atau measles adalah di kalangan bayi berumur bawah 1 tahun.

Mengikut jadual lama, mereka belum layak untuk menerima imunisasi measles. Maka, imunisasi MMR diawalkan kepada 9 bulan untuk dos pertama dan 12 bulan untuk dos kedua.

Jika anda terlepas temujanji pada umur 9 bulan, bolehlah merujuk kepada klinik kesihatan secepat mungkin untuk diberi dos 1.

Manakala, tempoh paling pendek untuk mendapatkan dos 2 adalah jarak 4 minggu selepas dos 1.

Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk kenyataan penuh di sini.

Foto Kredit: guff.com

Foto Kredit: guff.com

Kepentingan Mematuhi Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016

Setiap bayi dan kanak-kanak yang berada di Malaysia, disarankan untuk sekurang-kurangnya mengambil vaksin seperti yang tertera di atas. Mari kita teliti apa sebenarnya penyakit merbahaya yang dapat dihindarkan dengan adanya Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. BCG / Tuberkulosis / Batuk Kering

Batuk Kering secara umumnya menyerang paru-paru dan memberi kesan kepada bahagian lain badan manusia.

Ia merebak menerusi udara di mana pesakit yang mempunyai batuk kering ini boleh menjangkiti orang lain menerusi batuk, bersin dan ada bendalir lain. Jika tidak dirawat, boleh membunuh lebih daripada 50% pesakit yang dijangkiti batuk kering.

Petua Menghilangkan Batuk

Foto Kredit: babycentre.co.uk

2. Hepatitis B

Hepatitis B merupakan jangkitan virus yang menyerang hati dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.

Virus ini merebak melalui sentuhan dengan darah atau bendalir lain orang yang dijangkiti. Dianggarkan 240 juta orang dijangkiti Hepatitis B dan 780 ribu orang mati setiap tahun.

Anak suka berkepit

Foto Kredit: chicagotribune.com

3. DTaP / Diphtheria, tetanus, pertussis (Sakit kerongkong, kancing gigi, batuk kokol)

Difteria adalah penyakit pernafasan yang boleh menyebabkan masalah bernafas, lumpuh, kegagalan jantung dan kematian. Ia amat mudah berjangkit dan merebak melalui batuk dan bersin.

Kancing Gigi disebabkan oleh bakteria yang sering ditemui di dalam tanah. Sebaik sahaja ia memasuki badan, ia merembeskan toksin yang menyerang sistem saraf yang akhirnya mengakibatkan kekejangan otot dan kematian jika tidak dirawat.

Batuk Kokol yang juga mudah dijangkiti mengakibatkan kekejangan batuk yang sangat serius yang menyebabkan bayi sukar untuk makan, minum dan bernafas. Ia boleh membawa kepada radang paru-paru, sawan, kecacatan otak dan kematian.

bedak talkum bayi

Foto Kredit: modernreaders.com

4. IPV / Polio

Poliomyelitis atau Polio adalah penyakit virus yang seringkali menjangkiti kanak-kanak.

Virus ini merebak melalui najis atau air atau makanan yang tidak dirawat. Seterusnya ia akan menyerang sistem saraf dan menyebabkan kelumpuhan.

Simptom-simptom awal polio termasuklah demam, keletihan, sakit kepala, muntah-muntah, kekejangan di bahagian leher dan berasa sakit di anggota badan.

Tiada penawar untuk polio, ia hanya boleh dicegah menerusi imunisasi.

5. Hib / Haemophilus influenza type B

Kanak-kanak boleh mendapat penyakit Hib hanya dengan berada di sekeliling kanak-kanak lain atau orang dewasa yang dijangkiti.

Jika kuman tersebut hanya tinggal di hidung dan tekak, kanak-kanak tersebut tidak akan jatuh sakit. Tetapi jika kuman tersebut merebak ke paru-paru atau ke saluran darah, barulah Hib akan membawa masalah serius.

Hib merupakan penyebab utama meningitis di kalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ia boleh menyebabkan kecacatan otak dan pekak.

Foto Kredit: themotherish.com

Foto Kredit: themotherish.com

6. Measles / Demam Campak

Demam campak sangat mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus. Ia merebak melalui sentuhan dan juga udara. Ia bermula dengan demam panas, batuk, hidung berhingus, konjunktivitis (mata merah) dan ruam-ruam gatal kemerahan.

Jika virus ini menjangkiti paru-paru, ia boleh mengakibatkan radang paru-paru dan seterusnya sawan dan kecacatan otak.

Seramai 145 ribu orang mati disebabkan demam campak pada tahun 2013, kebanyakan daripadanya merupakan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.

Foto kredit: evoke.ie

Foto kredit: evoke.ie

7. Beguk, Rubella

Virus beguk biasanya menyebabkan bengkak pada kelenjar di bawah telinga. Ia merupakan punca utama berlakunya meningitis dan pekak.

Rubella mengakibatkan ruam di bahagian muka dan bengkak di kelenjar di belakang telinga. Biasanya ia tidak merbahaya kepada kanak-kanak dan mereka boleh pulih seperti sedia kala. Tetapi jika seseorang ibu mengandung dijangkiti rubella pada trimester pertama, 20% kandungan beliau akan mengalami kecacatan semasa lahir seperti buta, pekak, kecacatan jantung atau kecacatan otak.

jadual imunisasi kementerian kesihatan malaysia 2016

Foto Kredit: steadyhealth.com

Vaksin Sebagai Ikhtiar

Kita boleh lihat betapa seriusnya penyakit-penyakit di atas ini dan akibatnya kepada orang yang tidak mengambil vaksin bagi menentang penyakit tersebut.

Oleh itu, kami merayu agar semua ibubapa di luar sana ikutlah Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2016 dan tidak ragu-ragu lagi dengan usaha pihak kerajaan bagi membanteras penyakit merbahaya.

Demi kesejahteraan kita juga.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×