0-6 Bulan

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

6.9K
reads
10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!
Anak selesa, ibu gembira!

Anak selesa, ibu gembira!

Lihat dan rasa kulit bayi selepas lahir, putih mulus dan gebu bukan? Sudah tentu. Oleh kerana itu juga, kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Kerengsaan ialah satu keadaan dimana bayi rasa terganggu dan tidak senang. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Kita yang dewasa tengok ruam lampin pun rasa sakit juga kan?

Kita yang dewasa tengok ruam lampin pun rasa sakit juga kan?

Apa itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Siap sedia dengan segala macam ubat dan krim untuk rawatan

Siap sedia dengan segala macam ubat dan krim untuk rawatan

Apa yang menyebabkan Ruam Lampin?

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

  1. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  2. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  3. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

 

Anak ceria jika tiada kerengsaan pada kulit

Anak ceria jika tiada kerengsaan pada kulit

Macam mana mahu tahu bayi terkena Ruam Lampin?

Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:

  1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
  2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.
Seronok bila tengok 'baby' kita 'happy'

Seronok bila tengok ‘baby’ kita ‘happy’

Apakah cara hilangkan ruam lampin bayi?

Petua penjagaan bayi yang terkena Ruam Lampin adaalah seperti berikut:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

2. Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

3. Cuci dengan air

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

4. Guna ubat saranan doktor

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

5. Kurangkan penggunaan sabun

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

6. Elakkan bedak talkum

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.

7. Longgarkan lampin

Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

8. Jangan basuh ‘cloth diaper’ dengan sabun pencuci

Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

9. Minta probiotik atas saranan doktor

Apabila anak anda tidak perlu mengambil antibiotik, tanya doktor tentang memberi beliau probiotik juga. Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus, yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.

10. ‘Breastfeeding’ / Susukan bayi

‘Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang mungkin memerlukan antibiotik, yang boleh menyumbang kepada ruam lampin.

'Keep Calm', jangan panik pula

‘Keep Calm’, jangan panik pula

Apa perkara yang perlu dielakkan?

  1. Jangan biarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
  2. Elak dari menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
  3. Jangan guna krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya.

Semoga bermanfaat!

Carian Yang Berkaitan:

  • ruam lampin
  • petua hilangkan ruam gatal
  • ruam bayi
  • ubat ruam lampin
  • petua hilangkan ruam lampin bayi
  • petua hilangkan ruam bayi
  • petua hilangkan ruam lampin
  • cara hilangkan ruam
  • ruam lampin yang teruk
  • ubat ruam bayi
4 Comments

4 Comments

  1. min ibudoakan

    October 31, 2014 at 11:13 pm

    Perkongsian yg bagus admin. Selain daripada ruam lampin pd anak, kita perlu juga mengetahui perbezaan antara ruam lampin, ruam panas, alegik atau eczema..semoga admin dpt berkongsi permasalahan setiap ruam2 ini untuk ibu- ibu baru di luar sana..

  2. UmmuAyyash

    April 22, 2016 at 10:58 am

    Alhamdulillah, dua-dua anak jarang sangat kena ruam lampin walaupun anak no 2 tu ada ekzema. 🙂

  3. Puan Ija

    May 20, 2016 at 8:51 am

    Alhamdulillah! perkongsian terbaik 🙂 saya pun ada cuba bedak kampung. Lepas cuba Ruam Bayi Powder kesan memang cepat baik walaupun anak saya tu ada ekzema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top