Kalau sebut tentang nasi ayam, kebanyakan rakyat Malaysia memang dapat ‘relate’ dengannya. Tak kiralah yang Melayu, Cina, India, ataupun bangsa lain. Masing-masing sukakan nasi ayam! Maka, tak hairanlah terdapat pelbagai variasi resepi nasi ayam di negara ini.
Oleh itu, nasi ayam memang sesuai dijadikan santapan harian mahupun hidangan untuk majlis istimewa. Ia juga mudah untuk dibuat, serta tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak. Selain itu, kalau kita dah masak nasi ayam, tak perlu nak fikirkan lauk-lauk lain sebagai tambahan. Ianya sendiri dah cukup istimewa.
Dengan 5 resepi nasi ayam di bawah, anda berpeluang mempelbagaikan rasa nasi ayam anda. Tentu tak jemu menjamu seisi keluarga! Anak-anak pun tentu suka.
1. Resepi Nasi Ayam Diraja
Sekali rasa, anda pasti akan menyukai kemeriahan kombinasi ramuan yang terkandung di dalamnya. Inilah keistimewaan yang menjadikan resepi Nasi Ayam Diraja sangat popular dan dikenali ramai.
Nasi kuningnya tentu akan membangkitkan warna dan sekaligus menjadikan anda berselera. Walau apa pun, cara membuatnya tidaklah serumit yang disangka.
Aromanya tentu ‘naik’ disebabkan penggunaan rempah-ratus dalam nasi dan juga supnya. Enak dimakan panas-panas!
Bahan-bahan
Nasi:
– 2 cup beras basuh dan toskan
– 2 cup air
– 2 cup chicken stock
– halia (ambil dari chicken stock)
– bawang putih
– 1 sudu besar butter
– daun pandan
Sup / Chicken stock:
– 1/2 ekor ayam
– 1 inci halia hiris kasar dan ketuk sedikit
– 1 kiub ayam
– 1/2 sudu besar perencah sup
– daun sup dan daun bawang
– 4 ulas bawang putih di ketuk
Bahan Perap:
– 1/2 sudu besar sos tiram
– 1/2 sudu besar kicap manis
– 3 ulas bawang putih diketuk
Sos Cili:
– 1 Batang cili merah dicincang halus
– beberapa batang cili api dicincang halus (ikut kepedasan masing-masing)
– sedikit halia (ambil dari chicken stock) dicincang halus
– 2 ulas bawang putih dicincang halus
– 3 sudu besar sos cili
– sedikit air
– sedikit perahan jus limau
– sedikit serbuk kunyit – ni letak dalam nasi. nak bagi warna cantik sikit
Cara-cara
1. Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
2. Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
3. Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam. Perap sekejap pun ok je.
4. Yang selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. Suaikan rasa anda.
5. Siap.
6. Untuk nasi pula. Panaskan butter dalam periuk nasi.
7. Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
8. Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
9. Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam. Sikit sahaja sebab chicken stock dah masin. Kalau tak nak letak pun takpe sebab nanti sup tu dah pun masin.
10. Tanak nasi macam biasa.
11. Sementara tunggu nasi masak. Siapkan pula sos cili.
12. Korang boleh blend semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
13. Disebabkan aku takde blender maka aku pun cincang lah ia sehalus yang mungkin.
14. Masak bersama sos cili dan air. Adjust kepekatan ikut suka korang. Tapi jangan terlalu pekat.
15. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun ok je.
16. Untuk ayam goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Agak dah hitam sikit boleh la angkat. Hati-hati jangan sampai hangus pulak.
17. Siap. Sajikan dengan sedikit salad dan tomato.
*Resepi oleh thethin dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/20823-nasi-ayam-diraja)
2. Resepi Nasi Ayam Madu
Bagi yang berminat dengan rasa manis-manis madu, bolehlah mencuba resepi nasi ayam ini. Kombinasi masam, manis, dan masin pasti akan memikat selera ramai.
Siapa kata nasi ayam madu hanya boleh dibeli di kedai? Lagi sedap kalau merasa air tangan sendiri. Boleh diubahsuai ikut citarasa anda.
Kalau tengokkan pada bahan dan caranya pun, mudah sangat!
Bahan-bahan
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun
Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
*Resepi oleh Yani dari MyResipi.com (http://www.myresipi.com/recipes/21-nasi-ayam-madu)
3. Resepi Nasi Ayam Hainan
Nasi ayam Hainan adalah variasi nasi ayam Cina yang semakin popular. Ianya sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam proses menguruskan badan.
Ini kerana, ianya tidak melibatkan proses menggoreng ayam. Kurang berminyak, kurang kolestrol. Kalau nak tambah perasa pun, hanya sekadarnya. Memang ‘diet’! Kalau makan selalu pun, tiada masalah.
Bahan-bahan
**Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat
**1 ekor ayam
**1/2 ulas halia
**3 ulas bawang putih
**kayu manis
**Daun Pandan dan sedikit garam
>> Sos Ikan
>> 5 biji Cili Merah
>> 1 ulas Halia
>> 5 ulas Bawang Putih
>>Sedikit air perahan limau/lime
>>Gula,garam dan cuka
@1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
@1 1/2 liter air
@1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
@2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
@1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
@1 – 1.5 sudu kecik garam
@1 biji bawang besar (potong separuh)
Cara-cara
Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **
1. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak. Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa.Jangan masak ayam terlalu lama. Masak selama 20 ke 30 minit saja. Janji masak 😀
2. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka). Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.
3. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih. Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi. Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan. Masakkan nasi tersebut.
Untuk Sos Cili : Gunakan bahan2 bertanda >>
1. Kisar cili merah,halia dan bawang putih dengan sedikit air.
2. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan,cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.
Untuk Sup : Gunakan bahan2 bertanda @
1. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut.Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.
2. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.
3. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.
4. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.
5. Cara2 hidangan: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalm pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad.Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.
*Resepi oleh Queen_Mother dari MyResipi.com http://www.myresipi.com/recipes/176-nasi-ayam-hainan
4. Nasi Ayam Penyet
Nasi ayam penyet semakin popular sejak kebelakangan ini. Sajian yang mempunyai pengaruh negara jiran kita, Indonesia kini menjadi kegemaran di negara kita.
Apa yang istimewa sangat nasi ayam penyet berbanding nasi ayam lain? Tentulah pada sambalnya yang lebih ‘power’ berbanding sos cili nasi ayam yang umumnya lebih ringkas. Bagi anda yang ‘kena’ menghadap sambal setiap hari, cubalah resipi ini.
Gandingan sambal bersama sup dan nasi ayam tentu amat mantap! Lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama tempe atau tauhu goreng. Terasa suasana kampung, nikmatnya!
Bahan-bahan
Untuk Ayam
1 ekor ayam potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi
½ sudu besar Jintan Manis : goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih : goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar : goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Untuk Ayam Penyet
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Sambal
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Untuk Sup
1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Nasi
1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
*Sumber asal oleh blogresepi dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/9878-nasi-ayam-penyet)
5. Nasi Ayam Ekspres
Resepi nasi ayam yang terakhir ini dikongsikan khusus buat mereka yang mengalami kekangan masa. Yalah, kadang-kadang teringin juga merasa air tanga sendiri walaupun sibuk bekerja.
Jadi, kami kongsikan cara paling ringkas membuat nasi ayam yang tak kurang enaknya. Menariknya, anda hanya perlukan beberapa bahan mudah dan nasi ayam akan siap dalam beberapa minit sahaja. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang super sibuk!
Tiada lagi alasan untuk anda tidak memasak makanan yang mudah ini. Malah, ia juga sesuai untuk dijadikan hidangan kalau anda teringin menjemput kawan-kawan ke rumah.
Jimat, sedap, dan memang ‘confirm’ resepi nasi ayam paling senang yang anda pernah jumpa! Tak perlu pening kepala mencari katering dan memikirkan menu istimewa.
Bahan-bahan
1 ayam potong 10
*Bawang merah-6 biji-Blend
*Bawang putih-5 ulas-Blend
*Kayu manis-2 batang, Buah pelaga-4 biji, Bunga cengkih-4, Bunga lawang-2
Segenggam cili kering-rendam dalam air panas dan potong
Cili padi-5 kalau suka pedas
Tomato-1 biji saiz sederhana besar
Sos tiram
Kicap Manis
Madu
Butter- 2 sudu besar
Cara-cara
1. Bersihkan ayam. Rebus dalam air lebih kurang 2liter. Boleh tambah stok ayam Maggi atau Knorr. Lagi lama lagi sedap
2. Tumis bahan2 bertanda *. Nanti semua ni akan guna untuk nasi, sup, kicap dan ayam
3. Untuk nasi: Bersihkan beras. Masukkan 2 sudu besar butter. Masukkan air rebusan ayam paras macam biasa masak nasi. Masukkan bahan bertanda * 2 sudu besar sekali dengan beberapa rempah tu. perisakan dengan garam
4. Untuk kicap: Air rebusan ayam. Sesudu sos tiram. 2 sudu kicap manis. Sesudu bahan bertanda *
5. Untuk sos cili: Rendam cili kering dalam air panas dan potong2 buang biji. Masukkan dalam blender bersama sebiji tomato, 5 biji cili padi, 2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam dan suku cawan air rebusan ayam
6. Untuk ayam: Angkat ayam yg direbus. Gaul dengan *. 1 sudu sos tiram. 2 sudu kicap. Goreng bila minyak dah panas dan api besar. Goreng sekejap. Tos dan curahkan madu. Gaul
7. Untuk sup: bubuh * yang selebihnya perisakan dengan garam. nk bubuh sup bunjut pun boleh
Siap!!! Boleh makan!
*Sumber asal oleh mivaricurium dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/18940-nasi-ayam-express)
Siapa kata resipi nasi ayam membosankan?
Setiap resepi nasi ayam yang dipaparkan di atas mempunyai keistimewaan masing-masing. Mesti pening nak buat yang mana dulu, sebab semuanya nampak sedap. Rugilah kalau tak mencuba setiapnya.
Jadi, bergantung kepada bahan yang ada di rumah, sesuaikan dengan resipi nasi ayam yang dapat dibuat. Mudah kan?
Baik, tunggu apa lagi? Boleh ke dapur dan mula mencari bahan!
Penafian: MyResepi.com dan SirapLimau.com adalah sebahagian daripada usahasama syarikat Dua Marhalah Sdn Bhd. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tertakluk kepada hakcipta syarikat ini.