Dapur

Tips Buat Hidangan Nasi Ayam ‘Terlajak’ Sedap, Walau Pun Bahan Tak Lengkap!

23
SHARES
nasi ayam sedap

Sebenarnya mudah sahaja nak buat nasi ayam sedap, biarpun bahan-bahan di dapur tidak lengkap. Asalkan, anda tahu bagaimana rasa hidangan nasi ayam itu dan gantikan dengan bahan-bahan apa sahaja yang ada di dapur.

Berdasarkan resipi nasi ayam sedap yang mudah oleh Nor Farah Atika ini, membuktikan tiada masalah sekiranya kekurangan bahan-bahan. Jadi, jom buat nasi ayam!

Baca juga: Resipi Bancuhan Roti Sardin Gulung Goreng Tepung, Nak Betul-Betul Rangup Buat Tips Ini!

NASI AYAM SEDAP WALAU TAK CUKUP BAHAN

nasi ayam sedap

Gambar: Nor Farah Atika

Hari itu masak nasi ayam, guna bahan apa yang ada sahaja dekat rumah. Nasi ayam ini sebenarnya senang sahaja.

Teringat pesan ibu saya dulu, tak cukup bahan-bahan remeh macam 1-2 bahan itu tak apa sebab kita yang buat dia. Dah jadi mak mak ini, memg kena kreatif.

Kalau nak tunggu semua bahan ada, alamat tak berasaplah dapur huhuhu.

Maklumlah dulu masa belum kahwin kalut kalau tak cukup bahan, kalau boleh nak lengkap semua bahan sebelum masak. Heboh sungguh kalau tak ada bahan. Tak boleh kurang satu, gigih hidupkan kereta pergi kedai.

Tapi janganlah tertinggal bahan yang penting. Contoh nak masak nasi ayam, tapi ayam tak ada hahaha.

Baca juga: Peniaga Murah Hati Kongsi Tips SAMBAL RONGGENG Garing Menyengat & Bertahan 3 Bulan!

Resipi nasi mudah:

nasi ayam sedap

Gambar: Nor Farah Atika

  1. Masukkan marjerin ke dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan putih.
  2. Setelah itu, masukkan 4 sekawan dan seketul kiub ayam pati ayam.
  3. Masukkan tumisan tadi ke dalam beras yang sudah dibasuh bersih di dalam periuk nasi.
  4. Seterusnya, masukkan daun pandan dan air rebusan ayam.
  5. Tekan api masak dan selamat menunggu!

Resipi sup ayam:

  1. Basuh ayam bersih-bersih.
  2. Kemudian, rebuskan ke dalam air yang mendidih.
  3. Seterusnya, masukkan bahan kisar utama yang mempunyai bawang putih dan halia sesenduk (kisar bahan ini dengan banyak untuk digunakan pada sup, sambal nasi ayam, perapan ayam dan kicap).
  4. Bila ayam dah masak, bawa ia keluar dari air rebusan tersebut.
  5. Masukkan pula tomato, lobak merah dan empat sekawan.
  6. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa ikut selera anda (tak letak kiub ayam sebab dah ada dalam nasi).

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Gula Melaka, Terasa Lemak Manisnya Lebih Padu!

Baca juga: Tips Ibu Buat SAMBAL SOTONG Kekal Gebu, Tak Kecut Masa Memasak & Tak Liat Bila Kunyah!

Resipi perapan ayam:

resepi nasi ayam mudah

Gambar: Nor Farah Atika

  1. Masukkan 1 senduk bahan kisar utama ke dalam bekas berisi ayam rebusan tadi.
  2. Tambahkan sos tiram dan kicap manis.
  3. Gaul bagi sebati dan perapkan selama 30 minit sebelum digoreng.
  4. Ayam jangan digoreng lama sangat sebab tak nak ia menjadi keras, cukup garing di luar sahaja.

Resipi sambal:

resepi nasi ayam mudah

Gambar: Nor Farah Atika

  1. Kisar sebati tomato, cili besar dan cili api, bahan kisar utama sesenduk, sos cili, pati Sunquick (rahsia sambal sedap) dan sedikit air.
  2. Kemudian, bahan kisar dimasak sekejap di atas dapur.
  3. Masukkan secukup rasa dan guna mengikut selera rasa anda.
  4. Lepas ia mendidih, sambal pun siap!

Resipi kicap:

  1. Masukkan kuah perapan ayam dan bahan kisar utama ke dalam periuk.
  2. Letak air dan tambah sedikit lagi kicap.
  3. Boleh tambah gula atau garam ikut selera anda (saya tak letak sebab masin dari sos tiram dan manis dari kicap air rebusan sudah seimbang).

Apabila sudah selesai buat semua di atas, maka nasi ayam mudah tak cukup bahan tapi rasa yang terlajak sedap, pun terhasil. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Seminit Hilangkan Lendir Hanyir Ikan Keli, Bila Goreng Tak Meletup Pun!

Sumber: Nor Farah Atika

FT Image: Sur Aida / Nor Farah Atika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×