Antara masalah yang sering dihadapi ketika memasak sotong adalah ia berubah menjadi kecut. Lagi pula kalau buat sotong masak sambal, nak rasa ‘best’ kenalah sotong gebu baru puas makan, betul tak?
Bukan sahaja kecut, tapi ia juga menjadi liat sampai nak tercabut gigit bila cuba untuk mengunyahnya. Terus berhenti makan!
Baca juga: Cara Seminit Hilangkan Lendir Hanyir Ikan Keli, Bila Goreng Tak Meletup Pun!
SOTONG MASAK SAMBAL
Okey, kalau nak elak sotong masak sambal menjadi liat dan kecut, anda kena tahu beberapa tips semasa memasaknya seperti dikongsikan ibu kepada Puan Nor Farah Atika di bawah.
Suka sangat lauk sotong, ‘favourite’. Makan dengan nasi putih panas-panas memang tak pandang lain dah. Kalau ada petai lagi sedap, tapi petai tak adalah pula apa yang ada sahaja dalam peti.
Selain itu, saya kongsikan tips supaya sotong tak liat dan tak kecut semasa memasak daripada ibu saya.
Baca juga: Bibik Jawa Timur Ajar Buat Ayam Penyet Sambal Terasi Versi Paling Ringkas Tapi Rasa Meledakkk!
Baca juga: Tips Simpan Udang Kekal Segar & Manis, Biarpun Dah Lama Beli
Tips elak sotong liat dan kecut semasa dimasak:
- Matikan air sotong terlebih dahulu agar ia tak kecut dan tak liat semasa dimasak sambal.
- Buka api besar tanpa minyak dan masukkan sotong sampai ia mengeluarkan air sendiri.
- Jangan dibiarkan lama sangat agar sotong tak kecut.
- Setelah kelihatan air sotong, tapiskan sotong dari airnya.
- Jangan tunggu air sotong kering untuk elak sotong terlebih masak dan jadi liat.
- Air sotong jangan dibuang untuk dimasukkan ke dalam sambal nanti.
Baca juga: Resipi Pulut Gaul Nyor (Kelapa Parut) & Ikan Rebus Goreng Manis, Sedap Macam Di Yala Thailand!
Bahan-bahan dan cara penyediaan sambal sotong:
- Sebiji bawang merah besar saiz besar penumbuk
- 3 ulas bawang putih
- 1 senduk cili kisar
- Air sotong
- Asam jawa
- Nisan atau gula Melaka
- Garam dan serbuk cukup rasa
- Bawang Holland (pilihan)
- Kisar bawang besar dan bawang putih (kalau nak kuah pekat lebihkan bawang merah).
- Tumis ke dalam minyak yang panas.
- Masukkan cili kisar (nak pedas boleh letak banyak) sampai ia pecah minyak.
- Setelah itu, masukkan air sotong tadi, asam jawa dan nisan (nisan atau gula Melaka boleh memekat dan mencantikkan kuah sambal).
- Masukkan cukup rasa dan garam ikut kesesuaian lidah anda.
- Selepas sambal dah mempunyai rasa yang serba-serbi seimbang (pedas, masam dan masin), masukkan sotong dan bawang Holland.
Tips:
- Selepas masukkan sotong dan bawang Holland, besarkan api dan kacau sambal.
- Lepas seminit terus tutup sebab tak nak sotong kecut dan liat.
Akhirnya, sambal sotong yang gebu dan elok rupanya pun siap! Bolehlah anda nikmati juadah ini dengan berselera. Selamat mencuba!
Baca juga: Ada Warna Hitam & Perang, Ramai Keliru Asam Keping Mana Yang Lebih Sedap, Ini Jawapannya!
Sumber: Nor Farah Atika
FT Image: Nor Farah Atika