Dapur

Petua Masak Telur Sotong Supaya Tak Keras, Sedap Buat Kari!

2
SHARES
petua masak telur sotong

Kebiasaannya, orang masak kari menggunakan sotong sahaja dan jarang ada telur sotong kerana ia sukar untuk diperolehi. Sekiranya, anda berpeluang menemui telur sotong di pasar, boleh lah anda cuba masak lauk kari dengan petua masak telur sotong di bawah ini.

Kalau nak tahu, telur sotong ini lembut sifatnya dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati ketika membasuhnya bagi mengelakkan ia dibawa lari mengikut aliran air. Selain itu, ia juga berisiko untuk pecah jadi berhati-hati lah ketika memasaknya.

Baca juga: Lebih Sedap Buat Sendiri Rempah Kari Ikan, Guna Bahan Mentah Di Dapur Je!

PETUA MASAK TELUR SOTONG

petua masak telur sotong

Gambar: Kari Masak Telur Sotong campur Sotong oleh Puan Ida Shahida.

Petua masak telur sotong

Telur sotong untuk kari tidak boleh dimasak lama akan menyebabkan telur sotong jadi keras. Jika nak masak sotong dan telurnya:

  1. Masukkan sotong dulu ke dalam rempah yang telah pecah minyak cuma 1 minit saja.
  2. Kemudian diangkat sotong tadi dan masuk ke dalam bekas.
  3. Baru masukkan air ke dalam tumisan rempah tadi (selepas dikeluarkan sotong). Tujuan masukkan air adalah supaya rempah mengembang dan mengeluarkan rasa yang sedap.
  4. Tunggu sehingga kuah jadi pekat.
  5. Bila kuah dah pekat masukkan telur sotong bersama sotong tadi dalam 3-4 minit saja.
  6. Kemudian tutup api.

Jika ada telur sotong yang masih belum benar benar masak tidak mengapa. Walaupun api ditutup, kepanasan kuah masih mampu untuk menyempurnakan sotong dan telur tadi masak. Sekiranya, ia lebih masa nescaya telur akan jadi keras.

TIPS MASAK KARI TANPA SANTAN

Bagi rasa kari lebih sedap pula, saya guna ‘plain yougurt’ dan ‘tomato paste tin’. Kalau tidak dimasukkan pun tak apa tetap sedap juga.

Masakan ini tak perlu guna ‘air asam jawa’ sebab rasa rempahnya sudah cukup sempurna segala rasa. Tidak semua masakan berlauk perlu dimasukkan air asam jawa.

Bagi saya masakan berasaskan ‘ikan’ sahaja yang perlu guna air asam jawa atau asam keping sebab nak hilangkan bau hanyir ikan.

** Sekiranya isi lauk kari dah habis boleh tambah sotong, udang, ketam dan masaklah sekejap supaya sebati. Tambahlah air 1 cawan cukup, kuah boleh buat cicah roti jala pula.

Baca juga: AWAS! Ada 9 Jenis Buah Berisiko Mengancam Kesihatan, ‘Favourite’ Orang Ramai Pun Ada

Sumber: Facebook Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×