Dapur

AWAS! Ada 9 Jenis Buah Berisiko Mengancam Kesihatan, ‘Favourite’ Orang Ramai Pun Ada

5
SHARES
buah beracun

Tahukah anda terdapat beberapa jenis buah yang biasa dijumpai di pasaran sebenarnya memiliki racun. Buah beracun ini selamat dimakan setelah melalui beberapa proses menyahkan racunnya.

Walaupun begitu, terdapat jenis buah beracun yang langsung tidak boleh dimakan kerana akan datang kemudaratan kepada kesihatan badan bahkan mungkin mengancam nyawa. Justeru itu, mari lihat 9 jenis buah beracun tersebut.

Baca juga: Rasa Kerap Letih Badan, Masa Mandi Pakai 1 Bahan Mujarab Ini!

BUAH BERACUN TERDAPAT 9 JENIS YANG ANDA PERLU BERHATI-HATI

buah beracun

1. BADAM (ALMOND)

Kacang badam merupakan jenis buah kering. Berbeza dengan badam manis, badam pahit yang mempunyai aroma lebih harum merupakan buah beracun yang tidak boleh dimakan.

Badam pahit mengandungi racun sianida yang boleh membunuh. Oleh kerana itu, buah ini harus diproses terlebih dahulu untuk membuang racunnya yang berbahaya.

2. MANGGA LAUT (SEA MANGO)

buah beracun

Mangga laut merupakan buah berbahaya yang tidak boleh dimakan. Buah ini juga dikenali sebagai Pong-pong atau sea mango.

Fungsi buah ini adalah untuk mengusir tikus. Malah, mangga laut yang belum matang mengandungi asam hidrosianat dengan kadar tinggi dan sangat beracun.

3. BELIMBING

Meskipun ia selamat dimakan pada kebanyakan orang, namun buah belimbing boleh menjadi buah beracun kepada penghidap kegagalan buah pinggang kronik. Buah ini mengandungi neurotoxin, iaitu racun yang menyebabkan gangguan otak dan saraf.

4. KEPAYANG

buah beracun

Salah satu bahan masakan tradisional dari negara seberang, Indonesia bersumberkan dari buah kepayang yang ternyata ia tergolong sebagai buah beracun.

Sekiranya biji tersebut dimakan dalam keadaan mentah atau tidak diproses, buah kepayang boleh sangat berbahaya bagi kesihatan anda.

Biji buah kepayang memiliki kandungan racun sianida yang sanagt tinggi. Disebabkan itu, bijinya harus diproses terlebih dahulu dengan cara merebus atau merendamnya untuk membuang racun.

5. EPAL

Secara umumnya, epal adalah buah yang sangat elok untuk kesihatan. Akan tetapi, sebaiknya anda jangan makan bijinya kerana ia mengandungi racun glikosida sianogenik.

Sekiranya anda tidak sengaja menelan beberapa biji buah epal, mungkin tidak menyebabkan masalah serius. Namun, mengambil biji buah epal dengan jumlah yang sangat banyak berpotensi menyebabkan keracunan sianida.

6. GAJUS (JAMBU MONYET)

buah beracun

Buah gajus sebenarnya bukanlah buah beracun. Namun, kacang gajus di dalamnya tidak boleh langsung dimakan secara mentah.

Kacang gajus mempunyai kandungan sebatian urushiol yang beracun. Jika kacang ini diambil dalam jumlah yang banyak, ia boleh membunuh.

Meskipun begitu, anda tidak perlu khuatir kerana kacang gajus yang dijual di pasaran biasanya telah melalui proses pengukusan untuk menghilangkan racun.

7. CERI

Sama seperti epal, buah ceri memiliki bahagian yang berbahaya sehingga digolongkan sebagai buah beracun. Biji ceri mengandungi hidrogen sianida yang boleh menyebabkan keracunan sianida ringan jika diambil secara berlebihan.

Keracunan ini dapat menyebabkan anda mengalami beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, kebingungan dan muntah. Dalam jumlah lebih besar, sianida dapat meningkatkan tekanan darah tinggi, sesak nafas hingga kegagalan buah pinggang.

8. APRIKOT

Buah aprikot termasuk salah satu buah yang memiliki biji yang beracun. Biji buah ini mengandungi racun glikosida sianogen yang berupa sebatian amygladin.

Menelan sebatian ini dalam jumlah yang banyak dapat menyebabkan gejala keracunan seperti:

  • Mual
  • Demam
  • Ruam
  • Rasa lemah
  • Sakit sendi
  • Tekanan darah tinggi

9. BUAH POKOK JARAK

buah beracun

Daun dan getah tanaman pokok jarak telah banyak digunakan sebagai ubat tradisional untuk membantu meringankan pelbagai gangguan kesihatan. Namun, tahukah anda buah jarak adalah beracun dan tidak boleh dimakan?

Tumbuhan toksik ini memiliki kandungan protein toxalbumin seperti racun risin dan asik sianik yang berkait dengan asik risinoleik. Kandungan ini berbahaya bagi jantung dan pembuluh darah anda.

Dos toksik pokok jarak memang tidak diketahui tetapi mengambilnya dalam keadaan mentah dan jumlah yang banyak dapat membahayakan tubuh. Ia termasuklah kerosakan buah pinggang.

Kandungan racun yang paling tinggi terdapat dalam bijinya yang dikenali sebagai kacang kastor.Jika tertelan anda akan mengalami gejala-gejala di bawah yang muncul selama 15 minit hingga setengah jam setelah menelannya:

  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Rasa terbakar di kerongkong
  • Kemurungan

Walaupun begitu, kacang kastor dimanfaatkan sebagai sumber minyak kastor atau minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan.

Sumber: Sehat Q

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×