Dapur

Cara Masak Sambal Sotong Paling Sedap RAHSIA Air Tangan Ibu, Mesti Anda Akan Dicemburui!

247
SHARES
sambal sotong sedap

“Teringinnya sambal sotong sedap macam nenek dan mak buat di kampung, kena tanya resepi ni!”

Bila teringat menu yang sering menjadi dambaan ramai iaitu sambal sotong, pasti kita akan telefon mak di kampung bertanyakan resepi rahsia mereka. Maka, terhasillah menu sambal sotong sedap di rumah untuk dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih.

Apakah rahsianya yang menjadikan sambal sotong tersebut begitu enak? Jadi, ini resepi sambal sotong yang dikongsikan supaya anda pun boleh merasai keenakan sambal sotong seperti di kampung. Jiran pun boleh cemburu tau bila anda buat sambal yang sedap ini!

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

CARA BUAT SAMBAL SOTONG SEDAP DAN DICEMBURUI JIRAN

sambal sotong sedap

Bahan-bahan:

-Sotong (300 gram)
-Serbuk kunyit
-Bawang kisar
-Cili kering kisar
-Gula, garam
-Air asam jawa

Cara-caranya:

1. Sotong (dalam 300g) tu gaul dengan serbuk kunyit dan goreng kejap dalam kuali supaya air hanyirnya keluar. Kemudian tos kan.

2. Tumis 2 sudu besar bawang kisar sampai keluar bau wangi tumisan bawang tu.

3. Masukkan 6 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, korang masukkanlah lebih sikit.

4. Apabila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu besar gula. Kacau rata supaya tak hangit, guna api sederhana.

5. Dah nampak warna sambal merah cantik, masukkan 3 sudu besar air asam jawa (bukan pes asam jawa tau).

6. Masukkan 2 sudu kecil garam.

7. Barulah masukkan sotong tadi. Kacau kejap dan tuang 1 sudu kecil kicap manis.

8. Gaul rata. Biarkan ia reneh dalam 5 minit, dah siap. Sotong ni jangan masak lama, nanti rasa liat.

Anda tak perlu masukkan air sebab sotong tu akan keluarkan airnya sendiri. Terlampau berkuah pun tak sedap juga nanti.

*Terliurnya tengok kemerahan sambal sotong sedap tersebut bukan? Kalau macam ini nampaknya memang bertambah-tambah nasi dibuatnya! 

Baca juga: Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Sekali Makan Teringat Masakan Nenek Di Kampung

Sumber: Twitter @NurulShima

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×