Dapur

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

155
SHARES
sotong goreng tepung

Sedapnya bila tengok menu sotong goreng tepung yang disajikan di restoran Thai bukan? Bila makan di sana sepinggan boleh habis tetapi berbeza pula apabila buat sendiri dan makan di rumah. Mesti tidak menjadi dan tepung yang disalut akan ‘lari’!

Jadi, buat peminat sotong goreng tepung, ini merupakan kesalahan yang anda sering lakukan dan menyebabkan salutan tepung tidak menjadi. Guna resepi dan tips yang dikongsikan di bawah supaya sotong goreng tepung anda rangup dan mirip apa yang dipesan di restoran.

Baca juga: 4 Resepi ‘Meal Prep’ Paling Mudah, Jimat Duit Poket Sampai Hujung Bulan!

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP TEPUNG TAK LARI

sotong goreng tepung

Bahan-bahan :

-4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
-1 cawan kecil tepung gandum
-1/2 cawan kecil tepung jagung
-3 sudu besar tepung beras
-Garam
-Serbuk lada putih
-Serbuk lada hitam
-Serbuk kunyit
-1 biji telur
-Minyak masak

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung (tak perlu bancuh) kemudian celupkan dalam telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana

Tips :

1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

sotong goreng tepung

*Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Sekali Makan Teringat Masakan Nenek Di Kampung

Sumber: @resepimakananMY, Nurul Faidha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×