Dapur

Cara Buat Nugget Ayam Macam KFC, 20 Saat Dah Siap Kisar Bahan!

30
SHARES
resepi nugget ayam

“Anak hari-hari nak makan nugget tapi risau tak sihat pula. Nak kena tengok resepi nugget ayam yang sihat pula la ni..”

Nugget ayam merupakan antara ‘finger food’ yang tak akan pernah ditolak oleh anak-anak tidak mengira usia. Kalau boleh, setiap hari mesti ada sahaja permintaan untuk makan nugget dan si ibu pun risau sama ada kandungan nugget tersebut selamat atau tidak. Jadi, apa kata kita buat sahaja nugget ayam ini di rumah!

Baca juga: Begini Caranya Rahsia Buat Roti Canai Homemade, Boleh Bekukan Dan Tahan Lama

RESEPI NUGGET AYAM ALA KFC PALING CEPAT SIAP

resepi nugget ayam

Banyak kali dah saya repeat resepi ni. Mudah, sedap, dan sangat mirip rasa nugget KFC. Bila buat sendiri, kita boleh pilih bahan apa nak letak. Lebih sihat untuk anak-anak, insyaAllah.

Anda kena cuba tau. Anak-anak saya suka, siap mintak nak bawak pergi sekolah. Saya buat kalini, 3 adunan terus. Resepi bawah ni, untuk 1 adunan.

Bahan-bahan: 

1. 200 gram isi ayam

2. 1 ulas bawang putih

3. 2 keping roti

4. 60 gram cream cheese

5. 60 gram susu

6. 1/2 sk garam

7. Telur dan serbuk roti untuk salut nugget

Cara nak buat:

1.Kisar bawang putih 5 saat.

2.Masukkan garam dan ayam, kisar 5 saat jugak. Power kan, kisar ayam 5 saat je guna Thermomix. Express.

3.Masuk roti, cheese dan susu, kisar 10 saat.

4.Siap adunan nugget, kemudian bentukkan.

5.Boleh goreng!

resepi nugget ayam

*Jangan risau, buat anda yang tidak mempunyai kelengkapan pengisar yang moden dan canggih, boleh sahaja guna food processor atau pengisar makanan biasa.

Baca juga: 4 Resepi ‘Meal Prep’ Paling Mudah, Jimat Duit Poket Sampai Hujung Bulan!

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×