Dapur

Begini Caranya Rahsia Buat Roti Canai Homemade, Boleh Bekukan Dan Tahan Lama

2K
SHARES
resepi roti canai

“Sedapnya kalau dapat roti canai malam-malam ni tapi malas nak keluar. Rasanya kena buat sendiri ikut resepi roti canai yang best-best..”

Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, menikmati roti canai tidak mengira waktu sudah semestinya menjadi kewajipan. Bukan hanya untuk menu sarapan, ramai juga dalam kalangan kita yang ingin menikmati roti canai pada waktu tengah hari dan malam.

Tak perlu susah-susah bersiap nak keluar cari roti canai kerana anda dah boleh buat roti canai homemade dan bekukan sahaja. Jom ikuti perkongsian resepi  rahsia roti canai yang dikongsikan dengan khas. Sedap!

Baca juga: 4 Resepi ‘Meal Prep’ Paling Mudah, Jimat Duit Poket Sampai Hujung Bulan!

RESEPI ROTI CANAI HOMEMADE, RESEPI RAHSIA MAKCIK

resepi roti canai

Bahan-bahan yang diperlukan:

-6 cawan tepung gandum (~ 1.5 kg)
-6 sudu makan marjerin
-½ cawan susu pekat manis
-3 biji telur

Cara-caranya:

1.Gaulkan marjerin dengan tepung supaya jadi seperti serdak.

2.Buat lubang di tengah-tengah tepung. Masukkan telur yang dipukul ringan.

3.Masukkan susu pekat manis.

4.Uli sambil menambah air garam (suhu bilik) sehingga tepung tidak melekat di tangan.

5.Rehatkan doh. Tutup dengan tuala lembap dan plastik.

6.Bahagi doh kepada lapan bahagian untuk memudahkan kerja.

7.Bentukkan bulat-bulat. Nampak benar manusia yang buat dan bukan mesin, besar-kecil.

8.Oles bekas dengan marjerin.

9.Bentukkan bulat-bulat kecil dan salut dengan marjerin.

10.Simpan dalam bekas bertutup dan rehatkan. Jika hendak masak esok, boleh rehatkan di luar.

Jika belum mahu masak, boleh simpan dalam peti sejuk. Apabila bersedia untuk masak, keluarkan dan biar tepung kembali ke suhu bilik.

11.Telangkupkan tepung dari bekas kerana yang bawah yang dibulat-bulatkan dahulu semalam.

12.Dengan menggunakan perut tapak tangan, tenyeh/tekan (flatten) doh.

13.Ambil seketul doh dan dengan bantuan sedikit minyak, gunakan perut tapak tangan untuk tolak-tolak doh sehingga nipis. Jika pandai tebar, boleh tebar. Saya cuma buat atas tudung periuk yang diletakkan atas bekas supaya tinggi sedikit

14.Selepaa sudah leper dan nipis, tolak-tolak doh supaya berlapis macam kita buat kipas kertas.

15.Kemudian gulung seperti ini. Rehatkan dalam bekas dan buat sehingga semua doh selesai.

16.Ambil satu doh yang sudah berbentuk seperti bunga mawar (rosette) dan canai. Lebih mudah jika dialas dengan plastik sebelah bawah doh.

17.Masak atas kuali leper dengan sedikit minyak.

18.Untuk disimpan beku (frozen) cukup sekadar begini, masak kilat sahaja.

19.Untuk disejuk-beku. Saya pisahkan dengan lapisan plastik.

20.Boleh dimakan, bagi garing sedikit.

resepi roti canai

*Nampak menarik bukan? Lepas ini rasanya macam kalau terlambat sikit bangun pagi nak makan roti canai, tak perlu keluar rumah dan tak risau roti canai habis!

Baca juga: Makanan Yang Tidak Elok Dipanaskan Semula, Baru Tahu Nombor 3 Tak Boleh Tapi Selalu Buat!

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×