Dapur

Resepi Smores Viral Hanya Guna 3 Bahan, Tetap Rasa Mahal & Cair Di Mulut!

4
SHARES
resepi smores

Buat peminat makanan berpastri, menu seperti smores bukan mudah untuk dijumpai dan hanya ada di beberapa jenis kafe sahaja. Bukan itu sahaja, harganya juga boleh tahan mahal kerana dikatakan menggunakan bahan-bahan yang premium seperti coklat yang eksklusif. Jadi, akhirnya kita akan mencari juga resepi smores yang mudah supaya boleh dibuat di rumah kan?

Jangan risau, buat peminat makanan manis bercoklat ini anda boleh buat sahaja smores ini di rumah hanya menggunakan tiga bahan. Tak percaya? Jom kita cuba resepi di bawah dan anda boleh makan dengan gembira bersama anak-anak!

Baca juga: Oven Rosak Bukan Masalah Nak Buat Biskut Raya, Jom Buat 11 Biskut Ini, Tak Perlu Bakar Pun!

RESEPI SMORES VIRAL HANYA GUNA TIGA BAHAN

Boleh buat dengan anak-anak ketika cuti hujung minggu, hanya guna 3 bahan sahaja.

1. Biskut (biskut apa pun boleh, tapi prefer biskut yang tak manis. Sebab nanti coklat tu dah manis)

2. Coklat bar/ Dark chocolate

3. Marshmallows

Cara-caranya:

1. Susun biskut.

resepi smores

2.Letak satu bar coklat.

resepi smores

3.Susun marshmallows ikut susunan yang disukai.

resepi smores

4.Bakar sampai bahagian atas warna keperangan.

resepi smores

5.Siap untuk dimakan!

resepi smores

*Bukan sahaja mudah untuk dibuat untuk orang dewasa, anda boleh jadikan menu ini sebagai salah satu menu untuk ajar anak mahir di dapur! Seronok kan?

Sumber: Katrina Amy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×