Dapur

Resepi Strawberry Yogurt Bread Viral, Rasa Masam-Masam Manis!

2
SHARES
resepi roti bakar

Sudah bosan nampaknya asyik makan roti kosong sahaja setiap hari. Nak buat menu roti baharu pun sudah kekeringan idea, tetap tidak menarik. Tapi, jangan risau kerana ada satu perkongsian resepi roti yang sangat ringkas tetapi mempunyai rasa seperti roti mahal. Paling menarik sekali adalah menu ini boleh dijadikan menu untuk anak-anak sarapan dan bekal ke sekolah. Jom kita tengok cara macam mana buat strawberry yogurt bread ini di rumah!

Baca juga: Resepi Puding Buah Kastard Viral, Nak Buat Mudah & Hasilnya Nampak Mahal!

Resepi Strawberry Yogurt Bread

Menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.

Bahan cuma perlu ada :

1. Bread
2. Telur
3. Yogurt
4. Strawberry
5. Vanilla (optional)
6. Madu@Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)

1.Masukkan yogurt

2.Masukkan telur, madu atau maple syrup dan vanilla

3.Gaul sehingga sebati

4.Nipiskan bahagian tengah roti

5.Masukkan adunan tadi

6.Tabur hirisan strawberry dan bakar. Bakar dalam airfryer 15 minit 200’C.

7.Siap!

Sumber: Linda Safar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×