Dapur

Resepi Puding Buah Kastard Viral, Nak Buat Mudah & Hasilnya Nampak Mahal!

46
SHARES
puding kastard

Sudah kenyang menjamu selera hidangan nasi berlauk, tiba-tiba tekak rasa nak makan pencuci mulut pula kan? Tetapi, bila tengok bahan-bahan yang perlu digunakan agak rumit, rasa malas pula nak buat pencuci mulut ini di rumah. Jangan risau, sebenarnyaada sahaja jenis pencuci mulut yang sangat mudah dibuat dan nampak mahal. Salah satunya adalah puding buah kastard yang menjadi viral sejak kebelakangan ini. Kena cuba!

Baca juga: Resepi Karipap Inti Penuh Macam Nenek Buat Di Kampung, Puas Makan!

RESEPI PUSING BUAH KASTARD

Bahan – Bahan ( Puding)

– 2 setengah cawan air

– 4 sudu makan tepung kastard

– 4 sudu makan gula

– 1 tin susu cair

( Texture puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dgn sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar)

( Kuah Kastard)

– 2 cawan air

– 1 tin susu cair

– 2 sudu makan tepung kastard

– 4 sudu makan gula

– secubit garam

Cara-Cara

Puding:

-Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan.

– Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.

– Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.

Kuah Kastard:

-Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api

– Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.

– Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.

Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi. Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap. Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba semua!

Sumber: Muhammad Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×