Dapur

Resepi Karipap Inti Penuh Macam Nenek Buat Di Kampung, Puas Makan!

322
SHARES

Kuih muih tradisional Melayu merupakan santapan wajib ketika minum petang. Kalau pulang ke kampung, sampai sahaja waktu petang, pasti akan disajikan dengan pelbagai jenis kuah yang dimasak oleh nenek. Salah satu jenis kuih tradisional yang paling digemari ramai adalah kuih karipap. Nampak mudah tetapi inti dan doh karipap tersebut memainkan peranan penting supaya karipap tak ‘kosong’ dan hanya berintikan angin sahaja.

Oleh itu, berikut merupakan resepi karipap yang anda patut cuba supaya puas makan bersama keluarga!

Baca juga: Resepi Rahsia Ayam Goreng KFC Guna Teknik Rendam Air, Jadi ‘Sebijik’ Macam Di Kedai!

RESEPI KARIPAP INTI PENUH

Bahan-bahan inti karipap

-1 biji bawang holand saiz kecik

-3 biji kentang saiz biasa

-1 ketul dada ayam saiz besar ( banyak pun boleh)

1.Panaskan minyak, minyak sedikit je. Tumiskan bawang, ayam dan 1 sudu besar rempah kari ayam/daging.

2.Masukkan kentang, 2 cawan air, 3 sudu besar gula & 1 sudu kecil garam. Biarkan mendidih dan hampir kering. Bila dah hampir kering kacau-kacau bagi rata sehingga betul-betul kering (time ni api sedahana je).

3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk gini je. Kalau suka lembik msk lebih lama/tambah air.

Bahan-bahan kulit karipap

-2 cawan tepung gandum

-1 sb tepung beras

-1/2 sb gula

-1/2 sk garam

4.Gaul-gaul rata.

-1 sudu besar marjerin

-3 sudu besar minyak masak

5.Panaskan sekejap untuk bagi marjerin cair dan terus masukan dalam tepung tadi masa panas-panas.

6.Gaul-gaul dengan senduk sehingga sebati/jadi macam serbuk roti. Masukkan 1/2 cawan air sejuk daripada peti ais dan uli sebati.

7.Hasil doh yang dah siap. Saya tak perap pon.

8.Bolehlah gelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan boleh, nak guna acuan boleh. Acuan ni beli dkt shoppe “acuan karipap/dumpling Maker”.

9.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.

Boleh cuba!

Sumber: Missz Amira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×