Dapur

Resepi Nasi Ayam Ekspres, Tak Sampai Satu Jam Dah Siap & Hasilnya ‘Sumpah’ Terliur!

4
SHARES
cara masak nasi ayam

Nasi ayam merupakan menu paling menjadi pilihan ramai selepas nasi lemak. Bahkan, dengan satu menu ini sahaja terdapat kepelbagaian dalam cara masak nasi ayam menjadikan juadah ini tidak lapuk ditelan zaman.

Menariknya dalam resepi nasi ayam yang dikongsikan kali ini adalah, tempoh penyediaanya tidak mengambil masa yang lama seperti perlu mereneh, perap dan sebagainya. Tak sampai satu jam, anda dah boleh jamah nasi ayam ini yang pastinya membuatkan ramai terliur kerana memang sedap!

Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!

CARA MASAK NASI AYAM PALING MUDAH, TAK PAYAH BERJAM-JAM UNTUK SIAP!

1.Cara masak nasi:

cara masak nasi ayam

Bahan:

-Butter/mentega
-Beras
-Bawang putih dan halia (dikisar)
-Pati sunquick
-3 sekawan

Cara:

-Nasi basuh macam biasa, masuk air..Sukatan air ikut nasi nak lembik macam mana, keras macam mana kita nak
-Butter 3 sudu besar
-3 sekawan
-Bawang putih dan halia yang dah dikisar
-Tumis sampai pecah minyak
-Masuk dekat nasi tadi kemudian masak macam biasa
-Lepas itu lagi 5 minit nasi nak masak, tuang sunquick pati 2 kemudian gaul-gaul. Tutup tudung periuk nasi dan biarkan masak.
*Nasi tk pakai kunyit langsung, sebab tak suka kuning sangat

2.Cara masak ayam

cara masak nasi ayam

Bahan:

-Bawang putih dan halia (dikisar)
-Ayam
-Daun bawang
-Kicap manis
-Kicap tiram

Cara:

-Panaskan air letak bawang putih & halia yang dah dikisar
-Tunggu mendidih masukkan ayam, daun sup dan bawang merah
-Masak dalam 5 minit macam tu, kalau ayam besar dalam 10 minit
-Angkat dan tos
-Rendam dengan kicap manis + kicap tiram. Gula garam tak letak
-Panaskan api, goreng sekejap je dan sos perap tak buang. Saya panaskan dalam pan dan tuang atas ayam je

3.Cara buat cili nasi ayam

Bahan:

-Sos cili
-Cili besar 7 biji
-Cili padi hijau 4 biji
-Cuka
-Gula
-Garam
-Serbuk perasa
-Tomato kecil 1 biji
-Bawang putih 2 ulas
-Halia

Cara:

Halia besar ibu jari tapi jangan banyak sangat
-Kisarkan semua bahan dan panaskan atas api sekejap.

*Bila dah siap, letakkan semua dalam satu pinggan. Fuh! Memang boleh tambah nasi nampak gayanya!

Baca juga: Ajar Anak Remaja Buat 9 Jenis Sandwich Ini, Boleh Jana ‘Side Income’ RM10k Sebulan!

Sumber: Siti Noraina Asmuni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×