Dapur

5 Kelebihan Acuan Silikon Berbanding Loyang Biasa

67
SHARES

Penggunaan acuan silikon menjadi trend baru di dalam dunia masakan sejak kebelakangan ini. Ramai telah beralih kepada acuan jenis ini dalam proses pembuatan kek, muffin, puding dan kuih-muih.

Terdapat beraneka jenis acuan silikon di pasaran dan didatangkan dengan warna yang menarik, agak terang serta beraneka bentuk yang memukau. Ianya mudah didapati di kedai peralatan dapur dan kedai bahan kek serta banyak dipasarkan melalui jualan atas talian.

Walaupun harga acuan ini agak mahal sedikit berbanding acuan biasa daripada logam, tetapi masih berbaloi dimiliki memandangkan banyak kelebihan acuan silikon.

kelebihan acuan silikon

Foto Kredit: m.dhgate.com

5 Kelebihan Acuan Silikon Berbanding Loyang Biasa

Ingin tahu apa kelebihan acuan silikon?

Berikut ada 6 sebab kenapa anda berbaloi memiliki loyang jenis ini sebagai teman di dapur:

1. Kurang Minyak

Acuan silikon tidak memerlukan anda menyapu sebarang minyak atau marjerin sebelum dituang adunan kerana ia tidak akan melekat dan mudah di tanggalkan dari acuan setelah kek/kuih masak.

Foto Kredit: homster.com

Foto Kredit: homster.com

2. Cepat Panas & Sekata

Acuan jenis ini lebih cepat panas dan rata di seluruh bahagian.

image005

3. Mudah Dikeluarkan

Berbanding dengan loyang biasa, kek atau kuih mudah dikeluarkan daripada acuan silikon, hanya dengan diputar perlahan.

Jika anda ingin membakar kek atau kuih di dalam oven, pastikan lapik oven dengan dulang pembakar terlebih dahulu untuk memudahkan anda mengangkat loyang ini kerana loyang silikon ini sangat lembut.

4. Pelbagai Guna

Kelebihan acuan jenis ini adalah selain boleh digunakan di dalam oven sehingga suhu 200′ celcius ia juga boleh disejukkan di dalam freezer. Selain itu, ia boleh digunakan dalam microwave dan juga pengukus.

Fungsinya yang istimewa ini membolehkan anda menggunakannya untuk membakar kek dan untuk membuat puding.

kelebihan acuan silikon

Foto Kredit: tchibo.com

5. Senang Dibersihkan & Disimpan

Acuan silikon sangat ringan dan mudah pula disimpan tanpa bimbang acuan berubah bentuk.

Selepas digunakan, pastikan acuan dibersihkan dengan span lembut. Jangan guna pad penyental yang kasar kerana ianya akan merosakkan permukaan silikon.

image001

Perlu Penjagaan Khusus

Walaupun acuan silikon mempunyai banyak kelebihan, tetapi penjagaan sempurna juga perlu dilakukan bagi memastikan kualiti acuan jenis ini tidak terjejas dan tahan lama.

Jangan sesekali memotong terus kek atau puding yang masih berada di dalam acuan silikon kerana anda boleh dengan tidak sengaja terpotong acuan tersebut.

Jangan letakkan acuan silikon terus di atas api dapur kerana ia akan merosakkan silikon. Walaubagaimanapun ianya selamat dimasukkan ke dalam oven dan microwave.

Sentiasa rujuk arahan penggunaan atau label dari pengilang yang menetapkan suhu tertinggi yang boleh digunakan untuk acuan silikon. Setiap pengeluar mungkin menetapkan suhu yang berbeza terhadap produk mereka.

Secara keseluruhan, trend penggunaan acuan silikon boleh memberi pengalaman baru terutamanya jika anda seorang yang gemar memasak. Mungkin anda boleh mula merancang untuk mencari koleksi acuan silikon pertama selepasini dan mencubanya sendiri.

 

 

*Sumber asal artikel ini diolah daripada Puan Hafizah Yahya melalui blog http://fizalgk.blogspot.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×