Dapur

7 Cara Hilangkan Karat Kuali & Kerak Hitam, Macam Baru Beli!

18K
reads
cara hilangkan karat kuali

“Oh tidak…. Hangit pulak lauk aku ni. Ingat tadi nak biar lama sikit, dah terlupa langsung nak tutup api. Hitam legam dibuatnya. Apa cara hilangkan karat kuali ni ya?”

Haa… Situasi di atas memang biasa berlaku. Kadang-kadang masak tak pernah hangus pun, tapi masih ada kesan kehitaman pada kuali atau periuk kan?

Apa nak buat? Takkan nak pakai peluntur clorox pula. Nanti lauk yang kita masak pun ada rasa clorox, bahaya.

Jangan risau, ini 7 petua hilangkan karat kuali dengan menggunakan bahan semulajadi yang boleh anda cuba. Berkesan!

cara hilangkan karat kuali

Foto Kredit: howng.com

7 Cara Hilangkan Karat Kuali & Kesan Hitam

Ini 7 cara hilangkan karat pada kuali menggunakan bahan semulajadi, tak payah susah hati lagi.

Cara mengatasi tekanan darah tinggi

1. Garam

Bahan yang paling mudah didapati di dapur anda adalah garam.

Caranya sangat senang. Cuma panaskan air dalam periuk tadi dan masukkan sedikit garam.

Kemudian, sentalkan dengan sudip sambil mengikis periuk tadi.

hilangkan kutu

Foto Kredit: snughughome.com

2. Cuka

Rebuskan cuka dalam periuk yang hangus tadi. Rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk.

Kemudian, sental seperti biasa.

cara hilangkan karat kuali

Foto Kredit: buzzlion.com

3. Soda bikarbonat

Baking powder atau soda bikarbonat boleh digunakan bersama lemon atau cuka.

Kalau tak ada, soda bikarbonat atau baking power sahaja pun sudah memadai.

Panaskan air dalam kuali hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat atau baking powder. Biarkan sejuk sebelum dicuci.

cara hilangkan karat kuali

Foto Kredit: blog.blueapron.com

4. Lemon

Lemon juga terkenal sebagai bahan pencuci yang bagus.

Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya.

Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

5. Cream of Tartar

Cara menggunakan cream of tartar juga sama dengan menggunakan soda bikarbonat.

Rendamkan semalaman dan keesokan harinya anda boleh menggosoknya dengan mudah.

6. Kentang

Ada dua cara untuk menggunakan kentang.

Pertama, gunakan sebagai skrub dengan menaburkan sedikit garam seperti dalam gambar di atas. Cara ini biasanya berkesan untuk karat periuk akibat telah lama tak dipakai.

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak.

Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

asam keping

7. Asam Keping

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan mendidih di atas api buat seketika.

Kemudian, tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang.

cara hilangkan karat kuali

Foto Kredit: wittyfeed.com

Selamat mencuba!

Cara hilangkan karat kuali dan kerak hitam di atas amat mudah dipraktikkan dan selamat digunakan. Semuanya menggunakan bahan semulajadi.

Dah macam baru, kan?

Yang Popular

To Top