Famili

11 Makanan Menaikkan Berat Badan Secara Sihat, Sesuai Untuk Semua

392
SHARES
makanan menaikkan berat badan

“Malas betul lah nak pergi ‘reunion’ dengan kawan sekolah menengah bulan depan. Mesti aku jadi bahan usikan sebab kurus ‘cekeding’ aja macam zaman sekolah dulu. Ingat aku tak cuba ke nak gemuk, dah macam-macam cara dicuba. Tak dapat gemuk, berisi sikit pun jadilah. Apalah agaknya makanan menaikkan berat badan yang betul-betul berkesan ya?”

Selalunya kita dengar orang nak cepat kurus.

Tapi, ada juga segolongan yang mempunyai masalah terlalu kurus dan kurang berat badan.

Biasanya lelaki akan lebih ‘concern’ kerana mereka akan nampak ‘sekeping’. Hilang macho katanya. Tapi, ada juga sebilangan wanita dan anak kecil atau bayi yang kurang berat badan.

Wanita mengandung pun ada yang mengalami masalah ini dan selalu ditegur doktor kerana kurang berat badan.

11 Makanan Menaikkan Berat Badan Secara Sihat

Jadi, bagi anda yang ingin tambahkan berat badan boleh cuba makanan menaikkan berat badan seperti dalam senarai ini.

1. Daging merah

Stik misalnya kaya dengan protein dan zat besi.

Sebaiknya cari rib-eye, t-bone, New York strip dan beef tenderloin yang mana bukan sahaja membantu menaikkan berat badan malah rasanya juga enak.

petua tercekik tulang

Foto Kredit: youtube.com

2. Lepa kacang

Satu sudu lepa kacang mengandungi 100 kalori dan 4gm protein. Ia juga tinggi folate, magnesium, vitamin E dan B3.

Pastikan sebelum anda membeli lepa kacang ini, bahan yang digunakan adalah natural, kurang gula dan tiada perisa tambahan.

susu lembu atau susu kambing 2

Foto Kredit: shutterstock.com

3. Susu Whole fat

Elak minum susu skim tapi ambillah susu whole fat. Ini kerana susu whole fat tinggi kandungan vitamin D dan A yang boleh meningkatkan lemak dengan cara sihat.

Banyakkan makan buah-buahan tempatan

4. Buah-buahan tropika

Antaranya buah mangga, betik, pisang dan nenas. Buah-buahan ini kaya dengan gula semula jadi dan dapat meningkatkan lemak serta memberi tenaga yang banyak.

Buah-buahan ini boleh diambil mentah ataupun diambil dalam bentuk jus serta smoothie.

Avocado.

5. Avokado

Setengah biji buah avokado mengandungi 140 kalori, tinggi potassium, asid folik, vitamin E dan vitamin B.

makanan ibu mengandung

Foto Kredit: lentils.ca

6. Granola

Snek pembekal tenaga ini juga membantu meningkatkan lemak di dalam badan. Tapi, pastikan ia tiada perisa tambahan dan gula.

7. Roti Whole Wheat

Pakar pemakanan menyarankan agar makan roti Whole Wheat jika ingin menaikkan berat badan.

makanan menaikkan berat badan

Foto Kredit: vie-colo.info

8. Minyak sayur-sayuran

Minyak zaitun extra virgin, minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak kacang adalah antara minyak yang boleh digunakan dalam masakan jika ingin menaikkan berat badan.

atasi-lupa-makan-kacang

9. Kekacang

Makan kekacang jika ingin meningkatkan berat badan kerana ia penuh lemak dan nutrisi. Kacang almond adalah yang terbaik manakala kacang macadamia pula tinggi kandungan lemak.

keju

10. Keju

Letak keju sebagai makanan tambahan dalam setiap menu yang anda makan dan anda akan lihat hasilnya memandangkan keju sangat tinggi kandungan lemaknya.

11. Ubi kentang

Makanan berkarbohidrat ini memang biasanya dielakkan oleh sesiapa yang ingin kurus. Jadi bagi yang ingin meningkatkan lemak dalam badan, bolehlah ambil kentang kerana ia kaya dengan protein.

makanan menaikkan berat badan

Foto Kredit: elleman.vn

Kena Bijak Mengurus Diet

Pastikan anda mengurus diet supaya keperluan seimbang tetap diambil walaupun mengamalkan makanan di atas.

Makanan menaikkan berat badan ini membantu meningkatkan lemak sihat dalam badan secara sihat jika dimakan secara sederhana.

Tapi, jika dimakan berlebihan, ia boleh memudaratkan kesihatan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×