Famili

Risau Anak Sukar Menyusu, Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Alami Masalah Tongue-tie

376
SHARES
Foto Kredit : tonguetie.net/photo-gallery/

Seorang ibu pasti risau sekiranya berat badan anaknya tidak bertambah walaupun telah menyusukan anak dengan susu badan secara eksklusif.

Lebih merisaukan hati seorang ibu apabila bayi mereka seperti sukar untuk menyusu secara langsung dari payudaranya.

Ikuti pengalaman Puan Nurul Izzati yang telah berkongsi kisahnya di Facebook beliau tentang anaknya yang mengalami masalah tounge tie atau tali lidah pendek.

Selalu paksa untuk minum susu, rupanya anak mengalami masalah tounge-tie.

Haritu terbaca orang share tentang tongue-tie & tak sangka anak sendiri menghadapinya.

Mama mintak maaf sbb paksa-paksa Adam minum susu. Kadang-kadang sampai guna syringe nak bagi susu punya pasal.

Sebab Adam susah sangat nak minum susu. Kurang sangat-sangat minum susu. Mama takde pilihan, mama cuma risau.

Walaupun Adam minum susu badan tapi Adam taknak direct feeding, jadi mama memang bagi botol je untuk Adam minum. (Perah susu dan bagi botol) mama tak kesah jadi EP mom (ibu yang bagi susu badan tapi melalui perahan bukan secara direct feeding) asalkan Adam membesar dengan susu ibu.

Mama jadi EP mom sejak Adam 4 bulan lagi. Waktu tu Adam demam dan kurang minum susu. Mama mula ajar guna botol. Mula-mula Adam memang tolak botol. Nangis2-nangis Adam taknak.

Tapi mama bagi jugak sbb waktu tu Adam tolak botol dan juga direct feeding (menyusu badan) jadi mama takde pilihan waktu tu demi memastikan Adam cukup air dalam badan sebab demam tinggi.

Tapi lepas Adam baik demam, mama cuba bagi menyusu badan dan waktu ni Adam mula taknak langsung.

Dipendekkan cerita, bermula lah perjalanan mama sebagai EP mom sehingga sekarang Adam 8 bulan dah. Alhamdulillah.

Bila Adam kurang minum susu, memberi kesan pulak pada berat badan dia. Memang naik sikit je setiap bulan. Setiap kali checkup kat klinik, mama berzikir jela tengok berat Adam naik sikit sangat.

Taktau nak buat mcm mana lagi. Dalam hati mama, janganlah doc/nurse mintak topup dengan susu formula sebab risau mama punca adam tak naik berat (punca susu ibu) alhamdulillah nurse dan doc adalah yang support breastfeeding jadi mereka cuma suggest kerapkan bf (masa tu Adam belum start solid food).

Mama pekakkan telinga je bila ada orang tegur Adam keciknya? Minum susu ibu ke? Anak I ni tak larat nak dukung…(punya la berat anak dia) Hmm. Mama buat taktau je.

Walaupun kadang-kadang mama balik menangis kat ayah. Terima kasih ayah tak pernah give up. Mereka tak faham…takpe semoga anak mereka membesar dengan sihat kan Adam?

Sampai lah semalam, setiap kali feeding mesti Adam macam meronta-ronta, taknak menyusu.

Sampai banyak kali mama terfikir “tak sedap ke susu mama” dan beberapa kali jugak mama terfikir nak bagi susu formula (kot-kot lah ini je caranya adam nak susu) tapi cepat-cepat istighfar.

Ingat balik, susu ibu ni anugerah Allah paling banyak khasiat untuk anak. Mana mungkin tak sedap. (Ye ke) Huhuhu.

Beberapa hari lepas, terbaca status seorang hamba Allah ni berkenaan anaknya yang ada tongue tie.

Khusyuk saya baca. Semua yang dia tulis berkenaan anak dia, sama sejibik macam Adam.

Maka naluri seorang ibu ni, bagitau suami. Jom kita bawa Adam gi hospital nak? Esoknya zasss terus gi Pusrawi KL.

Jumpa doc kanak-kanak kat Pusrawi, macam biasa cerita masalah Adam pada doc. Doc check tekak Adam dulu kot-kot tekak ada masalah lain. TAKDE. Terus suami tanya doc, cuba doc check ke dia ada tongue tie?

Nak tau doc cakap apa? Doc tanya,”Mana awak tau pasal tongue tie?”

Hahahaha taktau kenapa dia tanya. Mungkin sebab benda ni rare cases kot. Tak banyak yg terjadi kes macam ni.

Dipendekkan cerita lagi, doc check dan sahkan “ada sikit tongue tie dia ni” tapi doc cakap dia bukan pakar bidang tu & dia tak boleh buat apa-apa.

So doc set kan another appointment dengan seorang lagi doc pakar bedah kanak-kanak keesokan harinya.

Kami balik rumah dengan perasaan bercampur baur. Rupanya-rupanya inilah sebab Adam taknak menyusu. Sedih sangat.

Rasa sedih sebab selalu paksa-paksa Adam minum susu, taktau pun dia sendiri tak puas menyusu.

TONGUE TIE

Secara ringkasnya, tongue tie ni dia macam ada satu “tali” yang mengikat lidah (dari bawah lidah) dan kesan daripada ni buatkan lidah baby jadi pendek.

Effect dia, baby sukar nak menyusu/tak puas menyusu dan menghasilkan bunyi berdecit ketika menyusu dan kemungkinan akan menganggu proses percakapan dan pertumbuhan gigi baby.

Dari apa yang doc bagitau, tongue tie ni akan hilang sendirinya bila baby dah besar. Tapi sebagai mak, tak sanggup rasanya tengok anak taknak menyusu, tak puas menyusu dan sebagainya.

Jadi mama decide untuk doc potong tongue tie tersebut. Prosesnya kejap sangat. Tak sampai 5 minit.

Tongue tie tu doc tunjuk, memang macam benang je halus dia. Doc potong, takde bius, berdarah sikit dan kejap je dalam 2-3 minit darah dah berhenti dah.

15826879_1486816591358644_2640464557929377267_n

Adam ketika diperiksa oleh Doktor. Foto Kredit : www.facebook.com/bymawaddahizzati

Harini hari pertama Adam tanpa tongue tie. Alhamdulillah Adam dah mula menyusu dengan baik.  Doakan Adam membesar dengan sihat & mama nak cuba direct feed Adam semula. Mama rindu Adam mengempeng macam masa mula-mula lahir dulu.

P/S: Kepada sesiapa pun diluar sana, jangan lah sesekali nak komen anak orang kecik, ringan, kurus, gemuk. Lebih teruk banding-bandingkan dengan anak sendiri. Anak kita gemuk, anak dia kurus.

Sebab kita taktau apa yang mak ayah baby tu hadapi dan betapa dia struggle nak besarkan anak dia. Kesian anak-anak tanpa dosa ni kecik-kecik lagi dah di judge macam-macam. Hormatilah perasaan ibubapa ni.

P/s/s: Kepada sis yang share pasal tongue tie anak dia tu, terima kasih banyak-banyak. Asbab status sis tu, baru tergerak hati ni nak bawak Adam pergi jumpa doc.

Saya doakan semoga anak sis membesar dengan sihat, menjadi insan yang muslih penyejuk mata ibu ayah. Amin. Post ni panjang giler. Terima kasih sudi baca sampai habis!

Ibu-ibu jangan putus asa untuk breastfeed anak anda. Jika berhadapan dengan masalah ini jangan terlalu cepat berputus asa hingga menyerah kalah pada susu formula.

Anda boleh memerah susu ibu dan menyuapkannya kepada bayi. Banyakkan berdoa agar rawatan ke atas bayi berjaya sehingga bayi boleh menyusu terus dari payudara ibu dengan lancar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk semua ibu di luar sana.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×