Famili

9 Cara Hilangkan Gatal Badan Dengan Pantas Dan Semulajadi

487
SHARES
cara hilangkan gatal

“Ish kenapa rasa miang je badan aku ni. Dari tadi asyik menggaru sampai merah-merah dah satu badan. Nak letak krim ke minyak, apa cara hilangkan gatal badan ni? Kalau mandi ni ‘sure’ pedih satu badan”

Memang syok bila menggaru pada bahagian yang gatal, tetapi lepas itu kulit menjadi kemerahan, melecet dan luka. Aduhai sakitnya!

Kenapa kulit mudah gatal-gatal? Ini kerana cuaca panas bercampur peluh boleh menimbulkan ruam akibat alergi, kulit gatal-gatal dan kering. Selain itu, penggunaan sabun yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit, menjadikannya gatal-gatal.

Selain mengguna krim yang diberikan oleh doktor, anda juga boleh gunakan bahan-bahan berikut untuk mengurangkan rasa gatal.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: zena.cz

9 Cara Hilangkan Gatal Badan Dengan Pantas Dan Semulajadi

Amalkan 9 cara hilangkan gatal dengan hanya menggunakan bahan yang boleh dijumpai di dapur anda.

1. Soda penaik

Jadikan pes dengan mencampurkan satu sudu air bersama tiga sudu soda penaik. Sapu pada bahagian gatal. Lakukan setiap hari hingga rasa gatal hilang.

cara hilangkan gatal

Foto Kredit: davidwolfe.com

2. Oatmeal

Masukkan sedikit air ke dalam satu cawan oatmeal. Sapu pada bahagian yang gatal dan tutup dengan kain selama setengah jam. Kemudian bilas.

Ada yang tekak tidak boleh masuk oat?

3. Ais

Balut ais dan lalukan pada bahagian yang gatal. Jika tiada ais, basahkan tuala dan tekap.

Cara hilangkan sakit kepala

Foto Kredit: wisegeek.org

4. Lemon

Basahkan bebola kapas dalam jus lemon dan sapu pada tempat gatal. Biarkan ia kering dan bilas. Lakukan dua kali sekali.

Resepi air detox

Foto Kredit: trueserenity.ca

5. Cuka epal

Sama seperti jus lemon, guna bebola kapas dan sapu pada tempat gatal.

sakit gastrik apple cider

Foto Kredit: popsugar.com.au

6. Gel aloe vera

Sapu gel aloe vera pada bahagian yang gatal dan biarkan sehingga kering.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

7. Daun basil

Daun ini selalunya digunakan dalam masakan seperti spageti atau pizza.

Tumbuk sehingga lumat dan tekap pada tempat gatal. Lakukan sekerap mungkin.

cara hilangkan gatal

8. Daun thyme

Rebus satu sudu daun thyme dalam periuk. Tapis airnya kemudian basahkan kain pada air itu. Lap pada tempat yang gatal.

cara hilangkan gatal

9. Minyak Peppermint

Tambahkan dua titis minyak ini pada minyak kelapa atau minyak zaitun dan sapu tempat yang gatal. Urut perlahan-lahan agar ia dapat menyerap ke dalam kulit.

petua kulit licin

Foto Kredit: oil-benefits.com

Banyak Cara Hilangkan Gatal

Lain kali bila ada ruam atau gatal-gatal di badan, jangan melatah. Anda boleh guna bahan-bahan yang murah dan mudah didapati ini.

Tapi, kalau gatal-gatal melarat hingga menjadi kudis dan luka kenalah cepat-cepat berjumpa doktor.

Dikhuatiri ada jangkitan atau penyebab lain.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×