Famili

Ini 9 Tips Berkesan Supaya ‘Miss V’ Kekal Wangi Sepanjang Hari

74
SHARES

“Alamak, kenapa ada bau semacam je kat ‘Miss V’ aku ni? Ish tak selesanya. Nampaknya kena cuci ni dengan feminine wash bagi hilangkan bau yang kurang enak”

Memang serba tak kena dan kurang selesa jika ‘Miss V’ atau faraj berbau yang kurang menyenangkan. Apatah jika diikuti dengan rasa gatal-gatal.

Biasanya faraj yang sihat tidak mengeluarkan sebarang bau. Faraj berbau jika adanya jangkitan bakteria.

Untuk mengelakkan faraj mengeluarkan bau akibat dijangkiti oleh bakteria, praktikkan langkah-langkah ini.

Foto Kredit: magasinetliv.dk

Foto Kredit: magasinetliv.dk

Ini 9 Tips Berkesan Supaya ‘Miss V’ Kekal Wangi Sepanjang Hari

1. Utamakan kebersihan diri

Cuci badan dengan kerap agar bakteria yang berkumpul pada kulit terutamanya di pelipat dapat dibuang secara tak langsung mengurangkan bau yang kurang enak.

Bila mandi, pastikan sabun bersih-bersih!

?????

2. Guna sabun natural

Faraj adalah anggota yang sangat sensitif.

Jika tersalah guna sabun yang sesuai, ia boleh menyebabkan kestabilan kawasan ‘Miss V’ terganggu hingga menyebabkan faraj berbau dan gatal-gatal.

Elak guna sabun yang mengandungi perfume, banyak kandungan bahan tidak asli dan antibakteria. Sebaiknya ambil jenis fragrance-free.

petua kulit licin

Foto Kredit: oil-benefits.com

3. Elak douche

Douche adalah sejenis cairan dan alatan pembersih vagina.

Ia digunakan untuk membersihkan vagina dengan lebih efektif. Namun, pastikan anda hanya melakukannya atas arahan doktor.

Ini kerana jika dilakukan sewenang-wenangnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bakteria semula jadi yang ada dalam faraj yang boleh mengakibatkan berlakunya jangkitan.

masalah faraj berbau

Foto Kredit: altacare.com

4. Lap dengan betul

Selepas cuci, lap faraj dengan betul iaitu dari depan ke belakang sehingga benar-benar kering.

Jika tidak, bakteria mudah berkumpul pada kawasan lembap dan menyebabkan jangkitan pada faraj.

Apabila adanya jangkitan, maka dengan mudah faraj berbau busuk.

masalah faraj berbau

Foto Kredit: healthewomen.co.uk

5. Kurangkan guna produk feminine wash

Bukan tidak boleh tapi pastikan ia tidak mengganggu kestabilan bakteria dalam faraj.

Elak juga guna feminine wash yang memberi keharuman pada faraj kerana jangkitan mudah merebak jika mengguna produk sebegini.

Pastikan feminine wash yang digunakan adalah water based atau silicone based.

masalah faraj berbau

Foto Kredit: metro.co.uk

6. Pakai seluar dalam yang bersih dan longgar

Elak guna seluar dalam yang sama lebih daripada 24 jam kerana ia boleh mengumpulkan bakteria.

Pastikan juga ia tidak terlalu ketat kerana faraj perlu ‘bernafas’.

masalah faraj berbau

Foto Kredit: womenpla.net

7. Ambil makanan yang boleh mewangikan faraj

Yogurt dan buah nanas jika kerap dimakan boleh mengelakkan faraj berbau.

Bakteria baik dalam yogurt membantu mengekalkan kesimbangan pH dalam faraj.

??????????

8. Kurangkan ambil makanan bergula

Gula yang tinggi dalam badan boleh meningkatkan lagi penghasilan bakteria dalam badan dan jangkitan kulat yang menjadi punca faraj berbau.

Jadi, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula.

mengidam makanan

Foto Kredit: telegraph.co.uk

9. Cukur atau trim bulu pada ‘Miss V’

Bulu yang terlalu panjang menjadi pemangkin bagi bakteria untuk membiak.

Pastikan anda cukur atau gunting bulu pada kawasan tersebut secara kerap untuk mengelakkan bakteria berkumpul.

Kebersihan penting bukan saja untuk mengelak faraj berbau, tetapi boleh menyebabkan masalah lain seperti kencing kotor atau keputihan.

keputihan 2

Banyak sebab terjadinya masalah faraj berbau,

Antaranya jangkitan yis atau kulat, jangkitan bakteria, herpes, penyakit kelamin malah hubungan intim juga boleh jadi penyebab.

Sebab itu, setiap kali ke tandas atau pun membuat hubungan intim, segera bersihkan diri dengan betul.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×