Famili

8 Tips Yang Perlu Diketahui Oleh Pasangan Yang Nak Cepat Hamil

6.2K
reads
cara nak cepat hamil

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dari darah daging sendiri. Walabagaimanapun, tidak semua yang berjaya mendapatkan zuriat.

Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapat seorang cahayamata. Ada pula yang mengandung lebih kurang sebulan selepas berkahwin atau dipanggil sebagai bunting pelamin.

Malangnya, ada juga yang masih belum mendapat zuriat walaupun sudah berkahwin berbelas tahun.

Sebenarnya, banyak faktor yang memungkinkan kesukaran untuk hamil. Faktor-faktor ini melibatkan sama ada isteri atau suami atau kedua-duanya sekali.

cara nak cepat hamil

Foto Kredit: astroglide.com

8 Tips Yang Perlu Diketahui Untuk Pasangan Yang Nak Cepat Hamil

Jika anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengamalkan beberapa tips ini untuk meningkatkan peratusan untuk hamil.

1. Waktu terbaik hubungan intim

Waktu terbaik melakukan hubungan seks adalah pada masa subur atau ketika proses ovulasi berlaku.

Setiap wanita perlu tahu waktu ovulasi. Apa itu ovulasi? Ovulasi adalah pematangan dan pelepasan secara berkala folikel yang matang serta pengeluaran ovum daripada korteks ovari.

Ovulasi boleh ditentukan dengan menggunakan alat menguji kesuburan yang ada dijual di farmasi.

Ovulasi terjadi lebih kurang 14 hari sebelum haid seterusnya. Untuk itu, wanita perlu mengingati tarikh bermulanya haid dan kitaran haid.

Sesetengah wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari manakala ada juga yang 30 atau 32 hari.

Jika tidak tetap haid, pastikan anda tahu tanda-tanda ovulasi pada wanita yang boleh dikesan secara fizikal, contohnya kedudukan rahim seperti dalam rajah di bawah.

Melakukan hubungan seks sebelum waktu ovulasi akan lebih meningkatkan peratus kehamilan. Ini adalah kerana, telur yang matang hanya dapat hidup selama 24 jam sedangkan sperma boleh hidup sehingga 48 atau 72jam di dalam tubuh wanita.

ovulasi wanita

Foto Kredit: mobile.cafemom.com

2. Lebih kerap tak semestinya lebih baik

Tidak ada bukti yang menyatakan bilangan hubungan seksual tertentu untuk memastikan seseorang itu hamil.

Kekerapan mengadakan hubungan seksual bergantung kepada setiap pasangan. Ada wanita yang hamil dengan sekali hubungan seksual sahaja tetapi ada juga yang memerlukan masa yang lebih lama.

Kajian menunjukkan hubungan seksual yang terlalu kerap akan mengurangkan kualiti sperma yang dihasilkan. Sperma yang lemah tidak bakal memungkinkan kehamilan berlaku.

Hubungan seksual yang digalakkan adalah sebanyak 3 atau 4 kali seminggu. Walaubagaimanapun, apa yang penting ialah kekerapan melakukan hubungan seks pada waktu yang sesuai untuk hamil.

Seks bersama suami

Foto Kredit: supercompressor.com

3. Orgasma wanita

Keadaan vagina pada waktu normal adalah berasid. Ketika seseorang wanita itu mencapai orgasma, vagina wanita akan berada dalam keadaan beralkali.

Keadaan ini akan lebih disukai oleh sperma.

Jika wanita mencapai orgasma pada masa yang sama lelaki berejakulasi ataupun sesaat selepas ejakulasi, kebarangkalian untuk sperma sampai ke ovum dengan selamat akan lebih tinggi.

Daripada 39 juta sperma, hanya 30% daripadanya sahaja yang akan berjaya memasuki ovum yang matang. Pasangan suami isteri perlu bijak mengawal orgasma masing-masing jika ingin hamil.

Cara untuk curang

Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Keadaan selepas hubungan seks

Sesaat selepas ejakulasi berlaku, sperma sudah berada di dalam serviks.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa berada di dalam posisi baring dengan kaki atau pinggul lebih tinggi selepas melakukan hubungan seks akan meningkatkan peratusan untuk hamil.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat agar memberi masa kepada sperma untuk berenang ke serviks dengan mengalas pinggul dengan bantal.

Isteri disarankan berbaring seketika dan tidak terus bangun dan membersihkan diri sebaik selepas berhubungan.

Semasa ingin mencuci vagina selepas daripada hubungan seksual, hindari dari menggunakan cecair pembersih vagina kerana ia bersifat toksik kepada sperma. Seeloknya cuci bahagian sulit dengan air paip atau air suam.

nak cepat hamil

Elakkan pencuci vagina yang bersifat toksik terhadap sperma. / Foto Kredit: aboutlawsuit.com

5. Larangan kepada suami

Para suami hendaklah berhati-hati dalam memilih pakaian terutamanya pakaian dalam.

Seluar dalam atau seluar yang ketat akan menyebabkan penekanan kepada testis yang memungkinkan proses pembentukan sperma terganggu.

Pakai pakaian yang agak longgar dan selesa terutamanya ketika tidur. Suami juga perlu menghindari dari mandi air panas terlalu kerap.

Keadaan panas di kawasan testis juga akan membantutkan penghasilan sperma. Dua perkara ini akan menurunkan peratusan untuk hamil.

nak cepat hamil

Gunakan ‘boxer’ kerana ia lebih longgar dan elok untuk pembentukan sperma. / Foto Kredit: shopping.indiatimes.com

6. Jauhi stres

Hubungan seksual yang berjaya adalah hubungan seksual yang berlaku antara dua hala.

Cuba bertenang ketika bersama pasangan.

Ketepikan sementara masalah yang membelenggu fikiran sepanjang hari di pejabat. Fokuskan fikiran anda terhadap hubungan seksual.

Hubungan kelamin yang disertai dengan tekanan tidak akan membantu dalam usaha untk hamil malah akan menyulitkan lagi keadaan.

Kepada pasangan yang sudah berusaha bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum mendapat zuriat, lakukan hubungan seksual dengan tenang dan terbuka tanpa desakan untuk mendapatkan zuriat. Keinginan yang tinggi untuk mendapatkan zuriat sedikit sebanyak boleh menyebabkan tekanan dan mengganggu hubungan.

cara nak cepat hamil

Foto Kredit: zakonsketezave.net

7. Gaya hidup sihat

Pasangan yang ingin mendapatkan zuriat perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

Ini bukan hanya terletak di bahu isteri, malah suami juga bertanggugjawab untuk menjaga kesihatan untuk menghasilkan sperma yang berkualiti.

Ambil jumlah makanna yang cukup lagi berkhasiat. Wanita yang sihat dan mempunya berat badan yang ideal akan lebih mudah hamil berbanding wanita yang berat badannya berlebihan atau kurang. Merokok juga boleh menyebabkan kadar peratusan kehamilan merosot.

Lakukan senaman secara berkala agar badan sentiasa cergas dan sihat serta dapat menghasilkan sperma dan ovum yang berkualiti.

nak cepat hamil

Foto Kredit: difundir.org

8. Panjatkan Doa

Walau apa pun ikhtiar kita, Tuhan yang berkuasa untuk menentukan setiap kejadian. Oleh itu, berdoalah selalu.

Berikut adalah doa Nabi Zakaria ketika memohon zuriat:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan: 74).

رَبِّ لاَتَذَرْنِىْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُالْوَارِثِيْنَ

Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi (Al-Anbiya : 89)

Sedangkan Nabi Allah yang mulia diberi ujian dengan susahnya mendapat zuriat. Maka, haruslah kita sentiasa bersabar dan tidak putus asa terhadap rahmat Allah.

Segalanya tidak mustahil, buktinya isteri Nabi yang dikatakan mandul dan dan lanjut usianya masih boleh mendapat zuriat dengan izin Allah.

cara sujud syukur

Foto Kredit: cloob.com

Jangan sesekali berputus asa

Tips di atas adalah antara cadangan yang boleh dipraktikkan sekiranya anda sedang berusaha untuk hamil. Cuba tips ini berulangkali dan jangan berputus asa.

Terdapat banyak bukti zaman moden yang menunjukkan wanita masih boleh hamil setelah berpuluh-puluh tahun menantikan kelahiran seorang bayi yang dikandungkan sendiri.

Sekiranya pelbagai cara sudah dicuba namun masih menemui jalan buntu, segeralah berjumpa dengan doktor untuk berbincang dan mendapatkan penyelesaian untuk anda dan pasangan anda. Selebihnya, bertawakal. Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin mempunyai zuriat.

Yang Popular

To Top