Famili

9 Sebab Anda Perlu Minum Air Timun

202
SHARES
minum air timun

Anda mencari-cari air yang bukan sahaja penghilang dahaga pada musim panas dan terik sekarang ini malah memberi kesegaran pada badan serta juga baik untuk kesihatan?

Jawapannya: Air timun.

Apa kelebihan minum air timun? Kenapa perlu dimasukkan hirisan timun dalam air minuman. Bukankah lebih bagus jika dimakan begitu sahaja?

Timun memang bagus dimakan mentah namun untuk memberi kesegaran pada badan, ia lebih elok dicampurkan dalam air kosong.

minum air timun

Foto Kredit: inhabitat.com

Ini 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Minum Air Timun

Berikut adalah manfaat minum air timun:

1. Nafas segar

Panas yang berlebihan dalam perut menjadi punca nafas berbau. Amalkan minum air yang bercampur dengan hirisan timun untuk mengurangkan panas dalam perut sekali gus mengembalikan kesegaran mulut. Jangan lupa untuk makan hirisan timun kerana ia membunuh bakteria yang hidup sekitar mulut.

2. Mengurangkan berat badan

Secawan hirisan timun mengandungi kurang daripada 20 kalori. Timun juga tinggi kandungan serat dan cepat mengenyangkan. Jika anda ingin kurangkan berat badan, bolehlah tambah hirisan timun pada air minuman.

3. Kaya vitamin dan mineral

Sebiji timun mengandungi vitamin A, vitamin B-6, vitamin C, magnesium dan kalsium. Jika anda bosan memakannya mentah, hiris dan campurkan dalam air.

4. Memberi kesegaran badan

Air timun memang elok diminum pada waktu panas dan terik kerana ia menyegarkan kembali badan yang letih, berpeluh dan melekit akibat cuaca panas.

minum air timun

Foto Kredit: woman.at

5. Menjaga jantung

Kaya dengan potassium, timun dapat mengelakkan masalah berkaitan dengan penyakit jantung.

6. Antioksidan

Mengandungi antioksidan vitamin C dan beta carotene, air timun membuang toksin dalam badan.

7. Melindungi otak

Timun mengandungi bahan anti-radang yang dikenali sebagai fisetin. Bahan ini melindungi sel-sel otak dan fungsi-fungsinya.

8. Mengurangkan risiko kanser

Timun organik dapat mengurangkan risiko kanser.

9. Bagus untuk kulit

Timun juga mengandungi silica yang menghalang masalah kulit. Minum air timun bagus untuk mengembalikan seri kulit yang kusam.

minum air timun

Foto Kredit: mekan.com

Resipi air timun

  • Air satu jag
  • 2 biji timun yang dibuang kulit
  • Ais
  • Hirisan lemon
  • Daun pudina

Masukkan semuanya dalam air kecuali ais. Kemudian baru letak ais dan biarkan sejuk dalam peti sejuk selama dua jam.

Apabila anda mula mengamalkan minuman sihat,

Secara automatiknya, anda juga akan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jadi, amalkan minum air timun untuk hilangkan dahaga pada musim panas ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×